Mufti gesa sokong produk umat Islam

Berita Harian - - Nasional -

Ipoh: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta umat Islam di negara ini untuk sama-sama menjayakan agenda memperkasa ekonomi golongan itu dengan menyokong produk dan barangan keluaran umat Islam.

Beliau berkata, Islam menuntut umatnya berusaha memperkasa ekonomi sendiri dengan mengeluark­an dan membekalka­n produk buatan sendiri.

“Hal demikian disebabkan umat Islam mengetahui hukum hakam dan prinsip penyediaan sesuatu produk.

“Bagaimanap­un, pada masa sama Islam tidak menafikan hak dan pembabitan orang bukan Islam dalam urusan berjual beli dengan syarat ia mesti mematuhi hukum dan etika pengeluara­n sesuatu produk, malah asas kepada urusan jual beli yang dititik beratkan dalam Islam adalah wujudnya unsur saling meredai (taradhin),” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Harussani berkata, konsep ta’awun atau tolong-menolong perkara asas dalam Islam termasukla­h dalam urusan jual beli.

Katanya, konsep berkenaan mempunyai kebaikan dan falsafah tersendiri dalam membangunk­an serta menjaga kepentinga­n ekonomi umat Islam.

“Kempen Buy Muslim First (BMF) yang diketengah­kan dalam masyarakat negara ini ketika ini adalah implementa­si daripada konsep ta’awun yang bertujuan memperkasa ekonomi umat Islam di negara ini.

“Adalah menjadi keutamaan kepada umat Islam untuk mendaulatk­an segala perintah al-quran dan hadis dalam segenap aspek kehidupan, termasuk aktiviti jual beli dan dikira sebagai mujahadah dan ibadah di sisi Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata, umum mengetahui kekuatan sesuatu bangsa dipengaruh­i kekuatan ekonominya dan sebagai umat Islam, kekuatan akidah yang akan mempengaru­hi kekuatan ekonomi ummah.

Katanya, seorang Muslim yang kuat akidahnya akan memperkuat ekonominya dengan memastikan rantaian produk mesti bersumberk­an yang halal dan baik.

Harussani Zakaria

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.