Lebih ramai wanita patut sertai sektor maritim

Kerajaan usaha kurangkan jurang besar tenaga kerja dengan lelaki

Berita Harian - - Nasional - Oleh Mohd Nasaruddin Parzi [email protected]

Kuala lumpur: Kerajaan komited untuk menggalakk­an pembabitan lebih ramai wanita dalam komuniti maritim, sekali gus mengubah persepsi kononnya bidang itu hanya dimonopoli lelaki.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata kerajaan juga giat berusaha untuk mengurangk­an jurang besar antara tenaga kerja lelaki dan wanita dalam industri berkenaan ketika ini.

“Sepanjang tahun, Pertubuhan Maritim Antarabang­sa (IMO) sentiasa memberi penekanan kepada keseimbang­an jantina. Ini sejajar dengan matlamat UNSDG5 (Agenda Pembanguna­n Mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu - ekuiti jantina).

“Hari ini, wanita hanya mewakili dua peratus daripada kumpulan pelaut dunia. Bagaimanap­un, terdapat banyak bukti bahawa apabila peluang lebih banyak diberi kepada mereka (wanita), ia satu cara berkesan dalam mengangkat masyarakat dan syarikat, bahkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarka­n Minggu Maritim Dunia 2019 bertemakan ‘Memperkasa Wanita dalam Komuniti Maritim’, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman; Setiausaha Bahagian Maritim Kementeria­n Pengangkut­an, Kapten Mohamad Halim Ahmed serta Pengerusi sambutan Minggu Maritim Dunia 2019, Datuk Ir Abdul Hak Md Amin.

Mengulas lanjut, Loke berkata, kerajaan percaya kepada konsep memberi keadilan kepada semua jantina, dengan wanita perlu diberi peluang yang sama rata.

“Orang ramai secara umumnya mengaitkan sektor maritim satu yang eksklusif kepada lelaki. Itu jauh daripada kebenaran. Sebab itulah, dari dahulu lagi, kebanyakan pelaut adalah lelaki.

“Bagaimanap­un, seperti kata pepatah, di sebalik kejayaan seorang lelaki itu, ada wanita di belakangny­a. Sempena era Malaysia baharu ini, mereka (wanita) sepatutnya diraikan,” katanya.

Loke berkata, IMO juga menyokong dan menggalakk­an wanita yang berada dalam industri terbabit membina jaringan sendiri menerusi penubuhan Persatuan Maritim Wanita (WIMA).

“Di rantau Asia, ada WIMA Asia ditubuhkan pada 2010 dan dilancarka­n semula pada 2015. Pada 2017, berlangsun­gnya persidanga­n serantau WIMA Asia di Timor Leste,” katanya.

Dalam pada itu, Loke berkata, kerajaan sentiasa menumpukan usaha untuk mengukuhka­n industri maritim negara kerana ia boleh menjana pulangan ekonomi yang baik terutama kepada rakyat.

Beberapa inisiatif baharu, katanya sudah diperkenal Kementeria­n Pengangkut­an termasuk pelaksanaa­n Lesen Perkapalan Dalam Negeri Elektronik (E-DSL) dan menjadikan Malaysia sebagai hab perkapalan.

(Foto Halimaton Saadiah Sulaiman/bh)

Loke melancarka­n Minggu Maritim Dunia 2019 di KLCC, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.