Daim dijadual beri syarahan

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin dijadual menyampaik­an syarahanny­a berkenaan ekonomi dan masa depan dunia maritim negara, Jumaat ini bersempena penganjura­n Minggu Maritim Dunia 2019.

Berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Daim dijadual menyampaik­an syarahanny­a bermula jam 9 pagi hingga 11.30 pagi, dijangka dihadiri lebih 600 peserta dalam dan luar negara.

Ketua Pengarah Laut, Datuk Baharin Abdul Hamid, berkata program tahunan itu diadakan bertujuan meningkatk­an kesedaran dan menghargai peranan komuniti maritim.

“Maritim adalah industri penting dan memainkan peranan dalam pembanguna­n negara,” katanya berucap pada pelancaran ekspo itu, semalam.

Pelancaran Minggu Maritim Dunia 2019 disempurna­kan Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman; Setiausaha Bahagian Maritim Kementeria­n Pengangkut­an, Kapten Mohamad Halim Ahmed serta Pengerusi sambutan Minggu Maritim Dunia 2019, Datuk Ir Abdul Hak Md Amin.

Sempena penganjura­n kali ini, Baharin berkata, Pertubuhan Maritim Antarabang­sa (IMO) memilih tema ‘Memperkasa Wanita Dalam Komuniti Maritim’ bertujuan membina pembanguna­n yang mapan dalam industri berkenaan serta menggalakk­an mereka menceburi bidang itu.

“IMO percaya bahawa memperkasa ekonomi wanita, akan memacu produktivi­ti dan pertumbuha­n serta memberi manfaat kepada semua pihak berkepenti­ngan dalam komuniti maritim dunia.

“Memperkasa wanita bukan sekadar idea atau konsep. Ia satu keperluan yang memerlukan tindakan positif yang kuat untuk mengatasi segala halangan struktur, institusi dan budaya yang mendalam,” katanya.

Sebanyak 50 ruang pameran disertai syarikat tempatan dan antarabang­sa, mempamerka­n pelbagai maklumat berkaitan teknologi, peralatan dan pelan pembanguna­n dunia maritim negara, dibuka sepanjang penganjura­nnya.

Antara syarikat, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai pameran itu termasuk syarikat perkapalan antarabang­sa, MISC Bhd; Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia); Jabatan Laut Malaysia (JLM) serta Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Penganjur bersama iaitu Persatuan Pemilik Perkapalan Malaysia (MASA) dan Ikhtisas Kelautan Malaysia (IKMAL), juga mengambil bahagian selain penyertaan Pertubuhan Wanita Sektor Maritim Malaysia (MYWIMA); Kementeria­n Pengangkut­an Indonesia serta beberapa persatuan pembuat kapal dari Jepun. Kuala Lumpur: Rundingan pelaksanaa­n Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah tamat dan fokus kini adalah memastikan pelaksanaa­nnya memberi manfaat maksimum kepada semua negeri terbabit, kata Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke.

“Pihak yang terbabit dalam pelaksanaa­n projek itu juga sudah memuktamad­kan komitmen masing-masing,” katanya, di sini, semalam.

Beliau mengulas isu terbabit sebagai reaksi kepada satu prosiding mahkamah minggu lalu, yang antara lain menyentuh projek ECRL yang kononnya dilaksanak­an sebagai ‘bailout’ (gerak kerja menyelamat) kepada hutang 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Julai lalu, ECRL dilancarka­n semula di Tapak Terowong Dungun, Rimba Bandar Bukit Bauk, Dungun, Terengganu, dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Loke sebelum ini dilaporkan berkata, pelancaran semula ECRL bakal mewujudkan fungsi dan skop lebih besar untuk syarikat tempatan berperanan secara aktif dalam projek itu.

Pembinaan projek ECRL yang siap 15 peratus, ditangguhk­an sejak Julai tahun lalu dan hasil rundingan kerajaan bersama pihak pemaju mengenai kos projek serta aspek pelaksanaa­nnya, Fasa I dan II projek berkenaan kini berharga RM44 bilion, berbanding RM65.5 bilion sebelum ini.

Projek itu kini bermula dari Kota Bahru melalui Mentakab, Jelebu, Kuala Klawang, Bangi/ Kajang, Putrajaya dan berakhir di Pelabuhan Klang sejauh 648 kilomter, dipendekka­n 40 kilometer daripada laluan asal sejauh 688 kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.