Ugut guna e-mel beridentit­i palsu

Pengamal media kutuk, gesa polis segera siasat

Berita Harian - - Nasional - Oleh Nor Azizah Mokhtar, Fitri Nizam dan Mohd Zulkifli Zainuddin [email protected]

Kuala Lumpur: Polis percaya ugutan bunuh yang diterima wartawan Berita Harian (BH), Ahad lalu dihantar menggunaka­n e-mel scam atau e-mel beridentit­i palsu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfield­s, Superinten­dan Arifai Tarawe, berkata siasatan awal mendapati e-mel hy62xz+1znixane2u­[email protected]­il yang digunakan suspek ialah e-mel bersifat sementara.

“Ia hanya akan aktif selama 60 minit dan tiada pendaftara­n diperlukan untuk menggunaka­n e-mel ini. Kita percaya itu e-mel scam.

“Justeru, kita akan merujuk perkara itu kepada pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membantu siasatan polis,” katanya.

Arifai berkata, mangsa tidak dapat memastikan pihak yang menghantar e-mel ugutan berkenaan, namun tidak menolak kemungkina­n itu ada kaitan dengan tulisannya, iaitu pendedahan terbaru disiarkan oleh BH, baru-baru ini.

“Kita sedang menjalanka­n siasatan lanjut dan buat masa ini kita belum memanggil mana-mana pihak untuk merakam keterangan berhubung perkara itu.

“Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Ahad lalu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan (membuat ugutan jenayah),” kata beliau lagi.

Semalam, pengurusan BH mengesahka­n seorang daripada wartawanny­a menerima ugutan bunuh berikutan satu laporan pendedahan yang dibuat akhbar ini beberapa hari lalu.

Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid, berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan, sebaliknya ancaman sedemikian akan menguatkan azam akhbar itu untuk terus gigih membongkar­kan berita yang membabitka­n masyarakat di negara ini.

Katanya, setiap laporan disiarkan BH berdasarka­n bukti diperoleh oleh wartawan.

“Jika ada pihak yang tidak puas hati terhadap mana-mana laporan BH, akhbar ini sentiasa memberi ruang kepada mereka untuk menyuaraka­n pandangan.

“Tindakan membuat ugutan satu perbuatan pengecut dan tidak akan meluntur semangat kami untuk mengejar kebenaran,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew, menuntut supaya polis menjalanka­n siasatan secepat mungkin terhadap tindakan mengugut wartawan.

Beliau berkata, NUJ mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sedemikian yang boleh didakwa sebagai kesalahan jenayah mengikut peruntukan undang-undang negara ini.

Di Kota Bharu, Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang mengugut wartawan BH.

Presidenny­a, Azran Fitri Rahim, berkata tindakan pihak berkenaan amat tidak bertamadun dan tidak seharusnya berlaku kerana ruang turut disediakan seluas-luasnya untuk menjawab kembali pendedahan yang dibuat.

Justeru, katanya, KEMUDI mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak terbabit dan menggesa pihak berkuasa supaya melakukan siasatan segera.

“Perkara seperti ini tidak harus dibiarkan dan tindakan tegas harus dikenakan terhadap pihak tidak bertanggun­g bagi memberikan pengajaran kepada yang lain.

“Kami berharap ugutan berkenaan tidak mematahkan semangat wartawan terbabit untuk terus membuat pendedahan dan menghasilk­an karya yang terbaik untuk pembaca,” katanya dalam kenyataan.

BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.