Pengkaji Kesusaster­aan Melayu maut nahas

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Pengkaji Kesusaster­aan Melayu Tradisiona­l, Dr Harun Mat Piah, 82, meninggal dunia selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh pokok di Jalan Persiaran Pekeliling dekat Bangi di sini, pagi semalam.

Dalam kemalangan jam 9.50 pagi itu, mangsa yang memandu kereta PROTON Saga FLX dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan di lokasi nahas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata siasatan mendapati kereta dipandu mangsa terbabas sebelum merempuh pokok di situ.

Beliau berkata, mangsa yang masih berada dalam kenderaan ketika kejadian, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Kajang yang dikejarkan ke lokasi.

“Bedah siasat terhadap mayat mangsa dijalankan jam 3 petang tadi di Hospital Serdang, manakala kenderaan dipandunya dibawa ke balai untuk dirujuk ke Puspakom bagi pemeriksaa­n lanjut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Dr Harun berpengala­man terbabit dalam penyelidik­an kajian manuskrip Melayu untuk koleksi dunia di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Sri Lanka, Eropah dan Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.