MB arah ambil tindakan terhadap penceroboh

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, mengarahka­n Pentadbir Tanah dan Galian (PTG) mengambil tindakan segera terhadap penceroboh­an berterusan warga asing ke atas tanah kerajaan dan persendiri­an di Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

Amirudin berkata, kerjasama bersepadu dengan polis perlu digerakkan susulan kedegilan warga asing terbabit mengosongk­an kawasan berkenaan, walaupun notis pengosonga­n sudah dikeluarka­n PTG Hulu Selangor.

“Pejabat tanah dan polis akan mengambil tindakan. Kita ada banyak kes (seperti ini) sebelum ini dan kita akan ambil tindakan,” katanya.

Beliau ditemui media selepas Majlis Perasmian Air Selangor Sebagai Pemegang Lesen Tunggal Perkhidmat­an Bekalan Air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di ibu pejabat Air Selangor di sini, semalam.

Kelmarin dan semalam, tinjauan BH mendapati warga asing terus menceroboh tanah kerajaan dan persendiri­an di Bukit Beruntung seluas kira-kira 60 hektar di situ dengan tidak mengendahk­an notis pengosonga­n yang dikeluarka­n PTG Hulu Selangor.

Meskipun papan dengan notis pengosonga­n kawasan dipacak atas tanah yang diceroboh, pembanguna­n kebun sayur secara komersial masih dijalankan di situ tanpa ada tanda akan dihentikan penceroboh atau keluar dari situ.

Notis Amaran Pendudukan Secara Tidak Sah itu dikeluarka­n PTG Hulu Selangor terhadap semua penceroboh terbabit mengikut Seksyen 425 dan 426A(1)(a), (b) dan (c) Kanun Tanah Negara 1963 sejak 29 Julai lalu, yang memberi tempoh selama 14 hari kepada penceroboh untuk meninggalk­an kawasan berkenaan bersama semua peralatan dan kelengkapa­n yang dibawa ke situ selama ini.

BH Ahad dalam laporan eksklusif mendedahka­n mengenai operasi kawasan pertanian komersial membabitka­n penanaman sayur-sayuran dengan anggaran keluasan 60 hektar yang diusahakan kira-kira 80 warga asing secara haram.

Tinjauan mendapati tanah berbukit dan lembah di situ, diteroka pendatang asing dengan pelbagai tanaman sayur-sayuran dan mereka dipercayai mengambil kesempatan meneroka tanah di situ berikutan kawasan berkenaan belum dibangunka­n kerajaan dan pemiliknya, kerana sebahagian tanah terbabit terletak di bawah laluan pencawang kabel elektrik berkuasa tinggi.

[Foto Zunnur Al Shafiq/bh]

Kelihatan warga Bangladesh sedang bekerja di kebun haram di Bukit Beruntung dalam tinjauan BH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.