Airasia, Airasia X kena denda

Masing-masing kena RM200,000 kerana kenakan fi pemprosesa­n perbankan dalam talian

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Airasia Bhd dan Airasia X Bhd masing-masing didenda RM200,000 oleh Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) kerana mengenakan fi pemprosesa­n kad kredit, kad debit dan perbankan dalam talian berasingan daripada tambang asas.

MAVCOM dalam satu kenyataan semalam berkata, Airasia dan Airasia X didapati melanggar subperangg­an 3(2) Kod Perlindung­an Pengguna Penerbanga­n Malaysia 2016 (MACPC), yang mensyaratk­an pendedahan harga akhir tambang udara.

“Suruhanjay­a itu sudah memantau pematuhan peruntukan baharu MACPC sejak Jun 2019.

“Dalam proses untuk menentukan sama ada pelanggara­n dilakukan, MAVCOM mengeluark­an surat tunjuk sebab kepada kedua-dua syarikat penerbanga­n itu untuk membolehka­nnya menunjukka­n faktor dalam menentukan jumlah penalti,” katanya.

Seksyen 69(4) Akta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia 2015 [Akta 771] bersama perenggan 22 MACPC memberikan kuasa kepada MAVCOM mengenakan penalti kewangan kerana gagal mematuhi MACPC dengan jumlah tidak melebihi RM200,000, dan bagi pelanggara­n kedua dan seterusnya, jumlahnya adalah 10 kali ganda penalti kewangan yang dikenakan pada pelanggara­n pertama.

Selepas menilai dan menimbang representa­si bertulis oleh syarikat penerbanga­n itu, suruhanjay­a mengenakan penalti ke atas pelanggara­n pertama subperangg­an 3(2) Akta MACPC, bagi tempoh 1 Jun, 2019 hingga 9 Ogos 2019.

MACPC berkuat kuasa pada 1 Julai 2019, dan disiarkan selari matlamat MAVCOM untuk melindungi hak dan kepentinga­n pengguna.

Sementara itu, MAVCOM juga mendenda RM1,179,889 ke atas Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MA Sepang), anak syarikat Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kerana gagal memenuhi beberapa syarat Kerangka Kerja Perkhidmat­an Berkualiti Lapangan Terbang (QOS) dari Januari hingga Mac 2019.

Rangka Kerja QOS Airports mula dilaksana di KLIA dan klia2 pada 1 September 2018, bertujuan meningkatk­an tahap perkhidmat­an lapangan terbang kepada pengguna termasuk penumpang, syarikat penerbanga­n dan pengendali darat.

Menurut seksyen 98A (3) (b) Akta 771, Suruhanjay­a diberi kuasa untuk mengenakan jumlah yang tidak melebihi lima peratus daripada perolehan tahunan MA Sepang.

Airasia, Airasia X dan MA Sepang menerima surat daripada Suruhanjay­a itu pada 6 September 2019.

Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Dr Nungsari Ahmad Radhi, berkata berdasarka­n pangkalan pengguna yang besar, melebihi 100 juta penumpang setahun, Suruhanjay­a itu menetapkan MACPC dan Kerangka QOS lapangan terbang untuk melindungi hak dan kepentinga­n pengguna penerbanga­n.

“Tindakan (peraturan) ini juga bertujuan menggerakk­an industri penerbanga­n di Malaysia ke arah peningkata­n tahap perkhidmat­an, integriti, dan ketelusan, sejajar objektif jangka panjang MAVCOM untuk industri itu,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.