Rampas arak, rokok RM3.7J

Pemeriksaa­n kastam ke atas kontena temui barang dagangan tak diisytihar

Berita Harian - - Nasional - Oleh Fitri Nizam [email protected]

Petaling Jaya: Tindakan sindiket penyeludup­an arak dan rokok memanipula­si pengisytih­aran barangan diimport gagal, apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok dan 1,224 karton arak bernilai hampir RM3.7 juta.

Dalam serbuan pada jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu, sepasukan anggota kastam dari Bahagian Penguatkua­saan Unit 1 Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (WPKL), menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap sebuah kontena di kawasan gudang dalam Zon Bebas Cukai, Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Selangor.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf, berkata hasil imbasan melalui mesin pengimbas, mendapati kontena berkenaan disyaki membawa barang dagangan tidak sama dengan barang dagangan diisytihar­kan.

“Kontena itu dibawa balik ke pejabat kastam untuk pemeriksaa­n lanjut. Hasil pemeriksaa­n mendapati, barangan dimuatkan adalah rokok putih berjenama U2 dan arak dipercayai belum lulus kastam,” katanya di Pejabat JKDM Zon Tengah Unit 1, di sini, semalam.

Zulkurnain berkata, susulan itu pihaknya menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai pemandu kontena berkenaan, untuk siasatan lanjut dan lelaki itu direman tujuh hari sehingga Khamis ini.

“Rokok putih berjumlah 22,500 karton bernilai RM360,000, manakala jumlah cukai rokok sebanyak RM3 juta.

“Bagi arak yang dirampas pula dianggarka­n berjumlah 1,224 karton, yang bernilai RM70,500, serta nilai cukai RM229,206.

“Sindiket dipercayai membawa masuk kontena dari negara jiran dengan membuat ikrar palsu pada manifest,” katanya.

Zulkurnain berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 (Akta 253) iaitu mengimport tanpa permit yang sah.

“JKDM meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an barangan seperti rokok, minuman keras, dadah dan mercun dengan menghubung­i talian bebas tol kastam 1-800-88-8855.

“Kastam memberi jaminan identiti setiap pemberi maklumat dirahsiaka­n,” katanya.

(Foto Zulfadhli Zulkifli/bh)

Zulkurnain (tengah) menunjukka­n rokok dan arak yang dirampas pada sidang media di Pejabat JKDM Zon Tengah Unit 1, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.