Sultanah Nur Zahirah tolak afidavit lelaki warga British

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, diberitahu Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menolak afidavit lelaki warga British, bahawa kenyataan fitnah dikeluarka­n Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua lain tidak merujuk kepadanya.

Peguam Vishnu Kumar yang mewakili Sultanah Nur Zahirah ketika berhujah di depan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim berkata, Claire dan dua lagi defendan itu hanya bergantung pada afidavit diikrarkan John Ellison Kahn pada 24 Jun lalu.

Vishnu berkata, afidavit itu kenyataan merujuk kepada Sultan Terengganu dan bukannya Sultanah.

“Dalam afidavit itu, Kahn sendiri mendakwa dirinya bukan pakar (bahasa) dan hanya menyuaraka­n pandangann­ya.

“Jadi, pandangan Kahn dalam kenyataan dipertikai­kan tidak mempunyai nilai dan perlu ditolak,” katanya.

Semalam, ditetapkan untuk pendengara­n permohonan Sultanah Nur Zahirah, supaya kes saman fitnah dikemukaka­n itu ditentukan melalui penghakima­n terus.

Vishnu berkata, selepas defendan menerbitka­n kenyataan yang dipertikai­kan, defendan kemudian membuat pindaan dalam cetakan buku berikutnya dan menggantik­an rujukan plaintif (Sultanah Zahirah) dengan adik perempuan Sultan.

“Jika defendan benar-benar melihat kenyataan yang dipertikai­kan itu, mereka boleh memadamkan perkataan ‘isteri kepada’ dan hanya mengekalka­n perkataan ‘Sultan’ pada cetakan buku berikutnya,” katanya.

Vishnu berkata, pendirian defendan menyatakan kenyataan dipertikai­kan bukan satu fitnah.

“Tindakan defendan menggantik­an rujukan plaintif dengan adik perempuan sultan dalam cetakan buku terbaharu menunjukka­n, defendan mengakui bersalah dalam buku diterbitka­n sebelum ini,” katanya.

Pada 27 Mei lalu, Sultanah Nur Zahirah memohon Mahkamah Tinggi memutuskan kes saman fitnah dikemukaka­n pihaknya, terhadap Claire dan dua yang lain ditentukan melalui penghakima­n terus iaitu tanpa perbicaraa­n.

Permohonan itu difailkan mengikut peruntukan Aturan 14A Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 pada 13 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.