Lelaki tikam muka guru kena 10 tahun

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Terengganu: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhka­n hukuman 10 tahun penjara dan dua sebatan, terhadap seorang lelaki yang menikam muka guru menggunaka­n pisau sehingga parah selepas menceroboh rumah mangsa, Julai lalu.

Keputusan dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh, Muhamad Murtazah Md Kasim, 28, mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangk­an kecederaan parah.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabka­n cedera parah hingga meninggalk­an kecacatan kekal pada bahagian muka mangsa, Mohamad Padzli Ismail, 53, di rumah Kampung Banggol Tok Jiring, Kuala Nerus, kira-kira jam 11 malam, pada 30 Julai lalu dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta boleh didenda atau sebatan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarka­n fakta kes, ketika mangsa berada di rumah bersama isteri dan anak, tertuduh secara tiba-tiba memasuki rumah melalui pintu depan, lalu menikam muka mangsa menggunaka­n pisau, selain menikam seorang penduduk kampung, Mohd Hafizam Rashid, 25, di tangan kanan.

Tertuduh turut menyelongk­ar rumah mangsa dan memecahkan siling serta bumbung bilik tidur untuk bersembuny­i.

Pada 10 September lalu, Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhka­n hukuman tiga tahun penjara terhadap tertuduh kerana menyerang Mohd Hafizam, selain masing-masing penjara 12 bulan bagi kesalahan mencuri wang RM40 milik Kedai Runcit Merang serta menceroboh rumah mangsa.

(Foto Norizuan Shamsuddin/bh]

Muhamad Murtazah dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam, selepas dijatuhkan hukuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.