26 pendaki rentang Jalur Gemilang di EBC

Ekspedisi disertai wartawan, pelakon tonjol semangat ‘Sayangi Malaysiaku’

Berita Harian - - Nasional - Oleh Abdul Razak Raaff [email protected]

Gorak Shep (Nepal): Semangat ‘Sayangi Malaysiaku’ menjadi inspirasi kepada 26 pendaki termasuk pelakon drama Nur 2, Azhan Rani, merentangk­an Jalur Gemilang gergasi di Everest Base Camp (EBC).

Kumpulan ekspedisi, termasuk lima pengamal media iaitu wartawan BH, Zainuri Misfar dan Abdul Razak Raaff, jurufoto BERNAMA, Mohd Faizol Abdul Aziz dan wartawan Kosmo, Norzasrudi­n Mohamed tiba di EBC setinggi 5,364 meter dari paras laut kira-kira jam 10.20 pagi waktu tempatan semalam (jam 12.05 tengah hari waktu Malaysia) selepas mendaki sejauh 65 kilometer dari Lukhla ke Gorak Shep selama sembilan hari.

Jalur Gemilang gergasi setinggi enam meter dan 12 meter lebar serta seberat 11 kilogram itu berjaya direntangk­an bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Ketua ekspedisi, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, berkata kejayaan itu bermakna kepada semua peserta kerana terpaksa berhadapan pelbagai cabaran sepanjang melaksanak­an misi berkenaan.

Beliau yang juga Pegawai Bomba dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bahru berkata, semangat disiplin tinggi semua pendaki membolehka­n mereka mengharung­i cabaran utama seperti cuaca dan suhu serta risiko diserang penyakit akut gunung atau altitude mountain sickness.

“Kami mula mendaki pada paras ketinggian 2,700 meter dari Lukla dan mengambil masa sembilan hari untuk sampai ke EBC bermula 2 September lalu.

“Secara purata kami berjalan 15 kilometer sehari dalam keadaan cuaca tidak menentu. Kadang kala hujan, panas dan suhu sejuk serendah -10 darjah Celsius.

“Walaupun sebahagian besar peserta kali pertama ke EBC, mereka cekal mengharung­i semua cabaran dihadapi berkat latihan fizikal dan mental yang diadakan sebelum mengikuti ekspedisi ini.

“Saya juga berterima kasih kepada rakan dan rakyat Malaysia yang mendoakan keselamata­n serta kejayaan misi kami,” katanya di sini, semalam.

Mohd Fakhrul berkata, peserta ekspedisi yang mahu mempromosi amalan gaya hidup sihat dan menyemarak­kan sambutan kemerdekaa­n sebagai rakyat Malaysia ini turut mendaki Gunung Kala Patthar setinggi 5,550 meter.

Ekspedisi pendakian kali ini adalah anjuran Summit Attack Resources (SAR) .

26 pendaki merentangk­an Jalur Gemilang gergasi di Everest Base Camp.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.