Rakaman audio dihantar kepada forensik

Berita Harian - - Nasional -

Parit: Polis akan menghantar rakaman audio didakwa adalah perbualan pembantu seorang EXCO kerajaan negeri Perak yang dikatakan cuba menyelesai­kan kes dengan pegawai penyiasat, kepada pihak forensik bagi mengenal pasti suara pihak terbabit.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, berkata ia bagi menyiasat dengan lebih lanjut, selain mengenal pasti pemilik suara berkenaan.

“Rakaman suara sudah dihantar kepada forensik untuk dianalisa, sama ada ia suara pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dua siasatan dilakukan kerana (rakaman suara) tidak menyatakan dari mana,” katanya ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat Dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Perkep Perak Tengah di sini, semalam.

Katanya, polis sudah memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan.

Pada 15 Ogos lalu, sebuah portal berita tempatan melaporkan Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam dan Infrastruk­tur, Pertanian dan Perladanga­n Perak, Abdul Yunus Jamahri, menafikan dakwaan rakaman audio itu kononnya perbualan pembantuny­a, yang cuba menyelesai­kan kes dengan polis dan SPRM.

Pada 13 Julai lalu, bekas pegawai EXCO itu, Beh Yong Kean membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh mendakwa EXCO berkenaan, membocorka­n minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tujuan mendapatka­n komisen projek.

Kes itu membabitka­n dua kertas siasatan dengan yang pertama berkaitan laporan polis oleh bekas pegawai khas Abdul Yunus, Beh Yong Kean yang mendakwa EXCO itu membocorka­n minit mesyuarat kerajaan negeri dan ia disiasat di bawah Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi.

Satu lagi kertas siasatan adalah berhubung laporan polis ke atas Yong Kean, yang dibuat oleh Abdul Yunus dan ia disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan. BERNAMA

Razarudin Husain

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.