Tiada laporan cecair vape ada dadah

Berita Harian - - Nasional -

Kota Bharu: Polis tidak menerima laporan berhubung dakwaan mengatakan cecair vape di negara ini mengandung­i dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) berusaha menangkis kemasukan vape ke negara ini.

“Dalam kes viral ini, ada macam-macam jenis vape dengan pelbagai perasa dan boleh keluarkan pelbagai warna.

“Semua ini perlu dipastikan menerusi ujian makmal kandungan dan kesannya kepada pengguna.

“Setakat ini, polis belum terima laporan vape yang mengandung­i dadah,” katanya pada sidang media di IPK Kelantan, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Kelmarin, tular menerusi Whatsapp mengatakan satu perisa cecair vape membuatkan penggunany­a positif morfin selepas menjalani ujian saringan air kencing.

Setakat ini, polis belum terima laporan vape yang mengandung­i dadah.

Mohd Khalil Kader Mohd, Pengarah JSJN Bukit Aman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.