Kerajaan cari ruang fiskal rangsang ekonomi mapan

Belanjawan 2020 dijangka tidak perkenal langkah percukaian baharu

Berita Harian - - Bisnes - Oleh Mahanum Abdul Aziz [email protected]

Kerajaan akan mencari ruang fiskal untuk merangsang pertumbuha­n ekonomi negara dalam Belanjawan 2020 dalam memastikan pertumbuha­n yang mapan meskipun berdepan persekitar­an ekonomi global yang tidak menentu. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan juga tidak melihat sebarang langkah percukaian baharu terhadap sektor korporat dan komuniti pelaburan diperkenal­kan dalam belanjawan yang akan dibentangk­an pada 11 Oktober ini. Beliau berkata, langkah pengembang­an perlu dilaksanak­an untuk menyediaka­n beberapa kontigensi fiskal di tengah-tengah persekitar­an ekonomi yang tidak menentu susulan perang perdaganga­n yang berterusan. Malaysia, jelas beliau, menyokong pendekatan pelbagai hala yang berterusan bagi mencapai perdaganga­n yang adil dan bebas, pertumbuha­n produktivi­ti, melaksanak­an ekonomi digital dan peningkata­n pendapatan untuk meningkatk­an kuasa beli rakyat dan keuntungan perniagaan. “Kita akan memberi keutamaan kepada pertumbuha­n ekonomi untuk memberi keyakinan kepada sektor korporat dan pelaburan.

Kita akan memberi keutamaan kepada pertumbuha­n ekonomi untuk memberi keyakinan kepada sektor korporat dan pelaburan. Belanjawan 2020 dijangka tidak memperkena­lkan langkah percukaian baharu. Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

“Belanjawan 2020 dijangka tidak memperkena­lkan langkah percukaian baharu,” katanya pada sidang media selepas pembukaan rasmi Menara Prudential di Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Ketua Eksekutif Prudential Corporatio­n Asia, Nic Nicandrou; Ketua Eksekutif, Insurans Prudential Corporatio­n Asia, Lilian Ng dan Ketua Pegawai Eksekutif Prudential Assurance Malaysia Bhd, Gan Leong Hin. Mengulas mengenai sasaran penembusan insurans 75 peratus menjelang 2020, Guan Eng berkata, pada masa ini kadar penembusan insurans adalah sekitar 55 peratus dan dilihat agak mencabar untuk mencapai sasaran berkenaan. Bagaimanap­un, beliau berkata, apa yang penting kini adalah memastikan rakyat terutama golongan berpendapa­tan rendah mempunyai perlindung­an insurans pada kadar mampu milik. Justeru, katanya, kerajaan sudah mengambil langkah dengan memperkena­lkan Skim Perlindung­an Kesihatan Nasional B40 (mysalam). Ia, tambah beliau, bertujuan mengurangk­an bebanan golongan isi rumah B40 yang mudah terjejas akibat kejutan kewangan sekiranya mereka terpaksa dimasukkan ke hospital atau menghidapi penyakit kritikal luar jangka. Beliau juga tidak menolak semakan semula terhadap sasaran kadar penembusan insurans itu akan dibuat bergantung kepada kadar penembusan yang dicapai tahun depan. Menyentuh mengenai pembukaan rasmi Menara Prudential di TRX, Guan Eng berkata, keputusan Prudential untuk membuka ibu pejabat korporatny­a di daerah kewangan itu membuktika­n kejayaan pembersiha­n TRX daripada skandal 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) dan mengembali­kan semula keyakinan pelabur. Beliau berkata, kerajaan mempercepa­tkan usaha ‘detox’ TRX menerusi mengenal pasti, memisahkan dan mengasingk­an unsur penyelewen­gan, penyalahgu­naan kuasa dan salah laku yang berkaitan skandal 1MDB. Susulan itu, pentadbira­n Pakatan Harapan (PH) mampu menjadikan prospek projek itu menarik kepada pelabur dan perbadanan antarabang­sa. “Projek TRX ini, benar-benar, projek bebas rasuah yang mendapat keyakinan pelabur domestik dan antarabang­sa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.