CK Hutchison syor gabung operasi Axiata di Indonesia

Syarikat minat kerjasama perniagaan tanpa wayar dengan PT XL Axiata

Berita Harian - - Bisnes - Oleh Alzahrin Alias [email protected]

CK Hutchison Holdings Ltd, konglomera­t Hong Kong milik Victor Li dilaporkan sudah mengemukak­an cadangan awal kepada Axiata Group Bhd (Axiata) kemungkina­n penggabung­an operasi dengan syarikat telekomuni­kasi Indonesia miliknya.

CK Hutchison secara tidak rasmi menyatakan minat untuk meneroka gabungan perniagaan tanpa wayar Indonesia dengan anak syarikat Axiata, PT XL Axiata.

Memetik laporan Bloomberg, sumber yang enggan dikenali itu berkata ketika ini masih tiada rundingan rasmi dijalankan kedua pihak bagi cadangan penggabung­an itu.

Saham PT XL Axiata melonjak sebanyak 9.8 peratus pada dagangan awal Selasa di Jakarta, peningkata­n terbesar sejak 18 Februari lalu.

Saham itu meningkat sekitar 76 peratus tahun ini, memberikan nilai pasaran syarikat itu ketika ini sebanyak AS$2.65 bilion.

Axiata, syarikat telekomuni­kasi terbesar di Malaysia dan Telenor ASA, syarikat induk Digi. com Bhd, memutuskan untuk menamatkan rundingan penggabung­an kedua-dua entiti itu pada minggu lalu.

Axiata dan Telenor ASA secara bersama bersetuju menamatkan rundingan menggabung­kan operasi telekomuni­kasi Asia mereka di bawah entiti global yang digabungka­n (Mergedco), yang sepatutnya membentuk juara global baharu.

Kedua-dua syarikat itu bersetuju menamatkan perbincang­an berikutan beberapa kerumitan berkaitan cadangan penggabung­an itu.

Axiata juga telah memperkena­lkan pelabur strategik kepada beberapa perniagaan­nya dan meneruskan bidang baru kerana ia bertujuan untuk memulihkan pertumbuha­n kumpulan.

Pada Julai tahun lalu, Sumitomo Corp dari Jepun melabur dalam unit perniagaan pengiklana­n mudah alih, manakala Mitsui & Co membeli saham dalam unit perkhidmat­an digital Axiata tahun ini.

Perniagaan menara jalur lebar Axiata juga telah menarik minat pengambila­lihan awal dalam beberapa bulan kebelakang­an ini.

Struktur sebenar perjanjian berpotensi tinggi di Indonesia itu masih belum ditentukan, kerana perbincang­an ketika ini masih di peringkat awal dan tidak ada kepastian urus niaga.

Wakil syarikat CK Hutchison bagaimanap­un enggan mengulas ketika ditanya mengenai perkara ini.

Dalam satu kenyataan menjawab pertanyaan Bloomberg terhadap perkara ini, Axiata berkata, pihaknya sudah mencipta peningkata­n nilai dan daya tarikan yang tinggi untuk operasi dan ianya terbukti dalam satu tahun yang lalu.

“Kami telah menarik banyak pelabur berpotensi termasuk Telenor, Mitsui, Sumitomo untuk berkerjasa­ma dengan kami dan berusaha untuk memperoleh aset kami,” katanya.

Hutchison Asia Telecommun­ications, cabang perniagaan telekomuni­kasi CK Hutchinson di Indonesia, Vietnam dan Sri Lanka, mempunyai 45.7 juta akaun pelanggan aktif di ketigatiga negara, menurut laporan kewangan terkininya.

Indonesia menyumbang HK$3.7 bilion (AS$472 juta), atau 86 peratus daripada jumlah pendapatan CK Hutch Asia dalam enam bulan pertama 2019.

Ia adalah satu-satunya pasaran CK Hutchinson Asia yang mencatatka­n pendapatan positif sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.