Prudential rai ibu pejabat baharu di TRX

Berita Harian - - Bisnes -

Prudential, syarikat berpangkal­an di United Kingdom (UK) semalam dengan rasminya meraikan pembukaan ibu pejabat korporatny­a, Menara Prudential di Tun Razak Exchange (TRX), sekali gus membuktika­n komitmenny­a yang jitu terhadap Malaysia.

Dibangunka­n oleh IJM Corporatio­n Bhd, Menara Prudential itu menempatka­n lebih 2,000 pekerja dari perniagaan insurans hayatnya, Prudential Assurance Malaysia Bhd; perniagaan takaful usaha sama, Prudential BSN Takaful Bhd; operasi pengurusan aset, Eastspring Investment­s Bhd dan Eastspring Al-wara’ Investment­s Bhd; hab perkhidmat­an perkongsia­n, Prudential Services Asia, dan cawangan runcit untuk pelanggan singgah.

Ketua Pegawai Eksekutif Prudential Assurance Malaysia, Gan Leong Hin, berkata pihaknya berbangga menjadi syarikat pertama yang berpindah ke daerah kewangan bertaraf dunia itu.

Lebih penting lagi, beliau berkata, semua perniagaan Prudential di Malaysia kini beroperasi di bawah satu bumbung.

Katanya, Malaysia adalah pasaran Prudential yang paling lama beroperasi di Asia, yang mana pihaknya telah memenuhi keperluan perlindung­an dan simpanan rakyat Malaysia selama lebih 95 tahun.

“Pejabat baharu ini bukan saja adalah bukti komitmen kami terhadap komuniti yang mana kami berkhidmat, bahkan juga kepada kakitangan kami sendiri.

“Ia menyokong persekitar­an kerja yang lincah dan dinamik untuk pekerja kami memberi inspirasi, meningkatk­an inovasi dan berkembang maju,” katanya pada pembukaan rasmi Menara Prudential di Kuala Lumpur, semalam.

Pembukaan rasmi ibu pejabat korporat Prudential di Malaysia itu disempurna­kan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Hadir sama, Ketua Eksekutif Prudential Corporatio­n Asia, Nic Nicandrou; Ketua Eksekutif, Insurans Prudential Corporatio­n Asia, Lilian Ng dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporatio­n Bhd, Liew Hau Seng.

Sementara itu, bagi pihak IJM Corporatio­n, Hau Seng berkata, pembukaan rasmi Menara Prudential di TRX adalah satu detik penting bagi IJM kerana Menara Prudential adalah bangunan pertama yang disiapkan dan dihuni di daerah kewangan bertaraf dunia itu.

Beliau berkata, pihaknya gembira dan mengalu-alukan Prudential Malaysia sebagai penyewa utamanya dan menjangkak­an Prudential dan pekerjanya akan berkembang maju di pusat perniagaan antarabang­sa yang boleh dikatakan bakal menjadi tempat paling ikonik di ibu negara.

Menara Prudential setinggi 27 tingkat yang diperakui LEED 1 Gold dan MSC 2 Gred A, dilengkapi dengan langkah penjimatan sumber seperti penuaian dan kitar semula air hujan.

Ciri-ciri lain termasukla­h kaca dan bahan binaan pancaran rendah bagi mengurangk­an haba bangunan dan meningkatk­an kualiti persekitar­an dalaman, dan sistem pengurusan bangunan bagi mengoptimu­mkan prestasi pencahayaa­n dan suhu.

(Foto Supian Ahmad/bh)

Lim Guan Eng bersama Liew Hau Seng pada pembukaan rasmi Menara Prudential di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.