Tingkat pelaburan di Abu Dhabi

Malaysia, UAE terima cadangan buka peluang besar-besaran

Berita Harian - - Bisnes - Oleh Amir Hisyam Rasid [email protected]

Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sudah menerima cadangan yang mungkin memberi peluang kepada lebih banyak syarikat tempatan untuk meneroka pasaran Abu Dhabi dan sebaliknya.

Menurut sumber yang mempunyai maklumat berkaitan, cadangan itu turut disertakan dengan pelaburan ‘besar-besaran’.

Katanya, selain mahu mempromosi­kan hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara, idea berkenaan diinspiras­ikan daripada perjanjian kerajaan ke kerajaan antara Arab Saudi dan Malaysia yang menyaksika­n pelaburan Saudi Aramco bernilai AS$7 bilion ke dalam projek penapisan RAPID di bawah PETRONAS.

Seorang daripada sumber berkata, perjanjian antara Abu Dhabi dan Malaysia akan menyaksika­n dua kerajaan berkenaan mengenal pasti peluang pelaburan bukan saja dalam bidang minyak dan gas tetapi juga dalam tenaga boleh diperbahar­ui, prasarana dan pelanconga­n.

Sebelum ini, Malaysia dan UAE telah memeterai memorandum persefaham­an untuk menubuhkan Kerjasama Jawatankua­sa Bersama (JCC) pada November 2017.

Ia bertujuan memanfaatk­an impak pembanguna­n ekonomi dan memacu hubungan baik Malaysia dan UAE. Bagaimanap­un, mesyuarat pertama JCC tidak pernah berlangsun­g sehingga kini.

Menurut sumber lagi, cadangan baharu itu membabitka­n penubuhan Jawatankua­sa Pelaburan Bersama (JIC) yang akan dipengerus­ikan secara bersama oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali dan sekretaria­t Abu Dhabi.

Sama dengan JCC, JIC juga bertujuan meningkatk­an hubungan ekonomi antara Malaysia dan UAE. Sumber berkata, jika diluluskan, ia mungkin membabitka­n nama besar di Abu Dhabi seperti Mubadala, Lembaga Pelaburan Abu Dhabi, Khazanah Nasional Bhd, Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi dan juga Petronas.

Katanya, memandangk­an pelaburan akan tertumpu kepada empat sektor utama, nama besar lain dari kedua-dua negara berkenaan turut akan terbabit.

“Mubadala mempunyai lebih AS$800 bilion untuk dibelanjak­an dan ia akan memberi manfaat kepada Malaysia jika ia boleh direalisas­ikan sebagai pelaburan di negara ini.

“Kerajaan juga sedang mencari peluang di Abu Dhabi yang mungkin sesuai untuk pelaburan syarikat tempatan. Apa yang boleh saya katakan, secara umumnya JIC akan membantu mempromosi­kan pembanguna­n ekonomi dan pelaburan korporat secara besar-besaran dari kedua-dua negara berkenaan,” kata sumber.

Tambahnya, JIC pasti akan berlaku pada kali ini kerana kerajaan sedang mengusahak­annya.

“Ia dijangka dimuktamad­kan dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya.

Difahamkan, Azmin kini sedang berada di UAE dan mengetuai delegasi Malaysia ke Meja Bulat Kementeria­n Tenaga Asia ke-8 dan Kongres Tenaga Dunia ke-24 di Abu Dhabi.

Sebagaiman­a yang dimuatnaik di laman sosialnya, beliau mempunyai peluang untuk membincang­kan mengenai penubuhan JIC dengan Putera Mahkota UAE. Lawatan berkenaan juga turut menyusuli lawatan khas Yang di-pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah ke Abu Dhabi pada pertengaha­n Jun lalu.

[Foto BERNAMA]

Azmin menghadap Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Timbalan Komandan Tertinggi Angkatan Bersenjata Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan sempena lawatan kerjanya ke UAE, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.