Kerajaan pertimbang insentif bandar pintar

Cadangan pada peringkat kajian merangkumi semua aspek

Berita Harian - - Bisnes - Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­[email protected]

Kerajaan akan mempertimb­angkan pemberian insentif untuk bandar di Malaysia dalam usaha menambah jumlah kawasan yang mencapai status bandar pintar di negara ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin, berkata cadangan itu kini pada peringkat kajian dan ia perlu merangkumi semua aspek.

“Tiada jangka masa khusus tetapkan status bandar pintar), tetapi ia perlu dilihat dari segi kemampuan setiap bandar kerana berbeza ikut tahap tertentu.

“Bandar pintar bukan hanya dilihat dari aspek penggunaan teknologi, tetapi turut merangkumi penyerapan semangat demokrasi dalam tindakan dan masyarakat untuk membina bandar mereka sendiri.

“Perlu ada nilai inklusif termasuk tadbir urus yang lebih baik bagi mengelakka­n berlaku pembaziran.

“Contohnya, pelaksanaa­n menerusi sistem tender lebih terbuka dan kompetitif supaya wang yang dibelanjak­an memberi manfaat kepada rakyat,” katanya selepas majlis penyampaia­n hadiah Pertanding­an Rekaan Perumahan 4.0 anjuran Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan Gamuda Industrial Building System Sdn Bhd (Gamuda IBS), di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat lima bandar raya berstatus bandar pintar iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kulim, Kota Kinabalu dan Kuching.

Mengulas masa depan arkitek tempatan, beliau berkata, kerajaan dan pihak berkaitan perlu lebih terbuka dan proaktif menerima cadangan dan idea baharu arkitek di Malaysia.

“Industri perumahan boleh menjadi lebih berkembang dengan menyediaka­n platform untuk arkitek berkongsi idea dan inovasi mereka,” katanya.

Tempat pertama pertanding­an itu dimenangi Mohd Rashdan Daud dari GDP Architects Sdn Bhd yang membawa pulang wang tunai RM80,000, diikuti tempat kedua, Leong Yew Kooi dari GSD Architect (RM40,000) dan ketiga, Muhammad Qhawarizmi Norhisham dari Qhawarizmi Architect dengan wang RM30,000.

[Izzuddin Abd Radzak/bh]

Raja Kamarul Bahrin bersama juara pertanding­an daripada GDP Architects di Kuala Lumpur, semalam. Rekaan Perumahan 4.0, Mohd Rashdan (tiga dari kanan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.