Westports sasar sumbang 80 peratus jumlah kontena

Berita Harian - - Bisnes -

Westports Holdings Bhd menyasarka­n menyumbang kira-kira 80 peratus daripada jumlah keseluruha­n kontena di Pelabuhan Klang berikutan syarikat logistik itu perlu mengendali­kan rekod melebihi 10 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU).

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Ruben Emir Gnanalinga­m, berkata Westports harus mampu mencapai kadar pertumbuha­n peratusan dua angka pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya berdasarka­n momentum pertumbuha­n semasa.

“Westports sedang memuktamad­kan reka bentuk susun atur bagi mengembang­kan kemudahan terminal kontena kami, selain dermaga tambahan bagi segmen perniagaan konvension­al.

“Pengembang­an ini akan membuka laluan ke arah pertumbuha­n signifikan pada masa akan datang berikutan layanan kami kepada pelanggan, perikatan perkapalan kontena antarabang­sa dan pihak berkepenti­ngan logistik tempatan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, semalam.

Westports menyambut ulang tahun ke-25 dengan menjadi terminal paling berkembang pantas, sambil mentransfo­rmasi Pelabuhan Klang menjadi pelabuhan ke-12 paling sibuk di peringkat global dan pelabuhan tersambung kesembilan terbaik dunia.

Syarikat itu memulakan operasi pada 1994 dan menjadi satu daripada inisiatif penswastaa­n di bawah Perdana Menteri ketika itu dan kini, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sepanjang 25 tahun lalu, Westports sudah mengendali­kan jumlah kumulatif kendalian kontena melebihi 110 juta TEU dan 250 juta tan kargo konvension­al pelbagai jenis - mengikut berat, jumlah penghantar­an yang dikendalik­an adalah melebihi 1.3 bilion tan. BERNAMA

Westports sedang muktamad reka bentuk susun atur bagi mengembang­kan kemudahan terminal kontena kami. selain dermaga tambahan bagi perniagaan konvension­al.

Ruben Emir Gnanalinga­m, Pengarah Urusan Kumpulan Westports

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.