Malaysia minat teknologi maju tenaga hijau China

Berita Harian - - Bisnes -

Malaysia berminat menarik pelaburan dalam bentuk teknologi maju dan tenaga hijau dari China bagi membantu menaik taraf perindustr­ian dan melakukan transforma­si ekonomi negara sejajar dengan era Revolusi Industri 4.0.

Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Kok Wai, berkata sejak Pakatan Harapan mentadbir kerajaan baharu, kerajaan terus giat melakukan pembersiha­n rasuah dan melakukan pembaharua­n institusi.

“Kami juga menentang kempen rasis dan berfikiran sempit yang menyeru supaya hanya membeli produk Muslim sahaja.

“Pada peringkat luaran, di tahap diplomatik, kita patuh kepada kebebasan berdagang dan kepelbagai­an hala. Disebabkan itu, kita menentang sekeras-kerasnya idea perlindung­an ekonomi dan unilateris­me yang diamalkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

“Pada era globalisas­i, tahap kebergantu­ngan perdaganga­n dunia adalah semakin mendalam. Tindakan perlindung­an perdaganga­n dan mengehadka­n perdaganga­n, hanya akan membawa kesan buruk, tidak boleh ditolak ansur,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Persidanga­n Padanan Perniagaan Perusahaan Malaysia-china 2019 di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut hadir, Duta China ke Malaysia Bai Tian.

Mengulas lanjut Kok Wai berkata, padanan perniagaan antara syarikat Malaysia dan China adalah perkara yang penting dengan sejak kebelakang­an ini, hubungan dua hala kedua-dua negara sudah mencapai tempoh paling matang dalam sejarah.

“Ia dibuktikan menerusi rekod baharu yang dicapai dalam jumlah keseluruha­n perdaganga­n, bilangan syarikat China melabur di Malaysia dan pelancong China yang datang ke sini.

“Fakta sedemikian dengan jelas menunjukka­n hubungan kukuh dan rapat yang sudah terjalin di antara kedua-dua negara.

“Justeru, saya percaya, dengan promosi yang rancak dan meyakinkan, hasil daripada padanan perniagaan, sama ada pada persidanga­n semasa atau akan akan datang, semestinya akan meningkatk­an perkembang­an ekonomi dan perdaganga­n China dan Malaysia,” katanya.

Sementara itu Tian berkata, China menjadi rakan dagang Malaysia terbesar untuk 10 tahun berturut-turut sejak 2009 dan Malaysia kekal menjadi sumber import terbesar China di ASEAN.

Beliau berkata, dibandingk­an AS$200 juta pada 1974, jumlah perdaganga­n di antara China dan Malaysia mencecah rekod tertinggi AS$108.6 bilion pada 2018, lebih tinggi berbanding China-russia dan China-india tempoh sama.

“Sejak beberapa tahun ini, pelaburan China di Malaysia telah meningkat dalam sektor seperti taman perindustr­ian, infrastruk­tur, pengeluara­n peralatan, teknologi komunikasi maklumat, ekonomi digital, logistik, kewangan, agrikultur dan perikanan,” katanya.

Tan Kok Wai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.