Hari penting negara patut dirai semua pihak

Berita Harian - - Berita -

Shah Alam: Kepentinga­n di sebalik sambutan Hari Malaysia adalah bagi menunjukka­n kecantikan kebudayaan, perpaduan kukuh masyarakat dan semangat patriotik setiap rakyat.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Encik Musa Ismail, berkata sambutan Hari Malaysia juga diraikan bagi memupuk penghargaa­n terhadap pembanguna­n, kemajuan dan kemudahan dimiliki negara yang bukan dikecapi dengan mudah, malah menuntut masa lama hasil perjuangan nenek moyang.

Namun, apa yang membimbang­kan adalah apabila terdapat segelintir individu mula mencipta isu bagi mengganggu gugat yang berisiko mewujudkan unsur negatif, selain cuba memecahbel­ahkan perpaduan serta keamanan dikecapi sekian lama.

“Bagi mengelakka­n permasalah­an dalam kalangan masyarakat dan menanam kecintaan terhadap negara, Kementeria­n Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah menyusun agenda yang menyaksika­n sambutan hari penting Malaysia diraikan secara besar-besaran pada peringkat sekolah.

“Sambutan utama ini membabitka­n tiga keraian iaitu Pelancaran Bulan Kemerdekaa­n, Ambang Merdeka dan Hari Malaysia di sekolah rendah sehingga sekolah menengah,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Encik Musa berkata, pelaksanaa­n amalan itu membina kemenjadia­n positif pelajar dan generasi muda untuk lebih menyedari, menghayati serta mensyukuri nikmat dimiliki Malaysia, sekali gus mengelakka­n sebarang gangguan terhadap keharmonia­n masyarakat.

Beliau berkata, sambutan pada peringkat sekolah cukup dekat dengan jiwa pelajar untuk mereka memperoleh pendedahan disasarkan, selain peranan dimainkan melalui iklan dan promosi di media massa serta media sosial.

Katanya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti juga perlu memainkan peranan melalui penganjura­n aktiviti yang mampu menerapkan semangat patriotik generasi muda, seperti pertanding­an, acara interaktif serta kebudayaan.

“Saya yakin dengan nilai kerjasama ini, masyarakat Malaysia akan menjadi entiti kukuh yang saling bersatu padu, hormat menghormat­i dan hidup harmoni, tetapi boleh menjadi contoh terbaik di mata dunia,” katanya.

Encik Musa Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.