Aktif, tangkas bermain hoki

Rahman galas tanggungja­wab selaku kapten, benteng asakan pasukan lawan

Berita Harian - - Personalit­i - Oleh Faizatul Farhana Farush Khan [email protected]

Shah Alam: Kecergasan dan semangat juang dipamerkan pemain hoki tatkala beraksi menentang lawan di atas padang, menarik minat Mohamad Rahman Rahim, 17, menceburka­n diri dalam sukan itu sejak kecil.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang, Shah Alam itu, penglibata­n dalam hoki mengajarny­a menjadi individu lebih fokus, berdisipli­n dan bersungguh-sungguh ketika melakukan tugasan.

Ikuti temu bual wartawan BH Skor bersama pelajar Tingkatan Lima itu mengenai kisahnya sebagai seorang pemain hoki yang berpengala­man bersaing hingga ke peringkat kejohanan antarabang­sa.

Bagaimanak­ah anda boleh terbabit dalam sukan hoki? Saya mula menyertai hoki ketika berusia sembilan tahun sebagai ahli biasa bagi memenuhi keperluan ditetapkan sekolah supaya setiap pelajar menceburi aktiviti kokurikulu­m. Jurulatih hoki sekolah kemudian membawa saya menyertai pertanding­an pada peringkat sekolah dan daerah. Beliau melatih saya bersungguh-sungguh dan ketika berusia 12 tahun, saya mula serius menyertai pertanding­an sehingga kini.

Apakah tarikan sukan hoki?

Sukan ini membuatkan saya menjadi individu akkerana tif memfokuska­n kepada kelajuan dan kecergasan. Latihan membuatkan saya sentiasa kekal aktif. Hoki mendidik pemain menjadi individu yang mementingk­an masa, peraturan dan bijak membuat strategi dengan cepat. Pembabitan dalam sukan ini turut mengajar saya mementingk­an kerjasama dan mengenali ramai individu, terutama ketika bertemu pemain luar semasa pertanding­an yang menambah pengalaman komunikasi saya.

Ceritakan pengalaman pahit dan manis anda sebagai pemain hoki?

Saya pernah mengalami koyak ligamen ketika pertanding­an yang menjadi pengalaman pahit saya hingga mengambil masa dua bulan untuk sembuh. Namun, ini adalah asam garam sebagai pemain hoki. Mengimbau pengalaman manis, pastinya saat saya dan pasukan berjaya memenangi pertanding­an, termasuk pada peringkat antarabang­sa, selain diberi peluang oleh pasukan untuk memikul tanggungja­wab sebagai kapten. Tanggungja­wab sebagai kapten memerlukan saya menjaga keperluan dan kebajikan pasukan, manakala selaku pemain pertahanan menuntut saya menjadi benteng bagi menahan serangan pasukan lawan.

Bagaimanak­ah anda menguasai kemahiran bermain?

Selain menjalani latihan bersama-sama kumpulan di bawah pengendali­an jurulatih, saya secara peribadi berusaha menambah ilmu dengan menonton perlawanan hoki peringkat tempatan dan antarabang­sa melalui laman sosial Youtube untuk mendapatka­n ilmu baharu bagi meningkatk­an skil, teknik dan strategi permainan. Pada masa sama, saya sentiasa gigih menjalani latihan dan melakukan aktiviti kecergasan seperti joging serta berenang pada masa terluang kerana seorang atlet bukan sahaja perlu kreatif mencorak permainan di atas padang, tetapi wajib memiliki stamina dan kecergasan terbaik. Ini kerana pemain harus beraksi di atas padang selama 15 minit tanpa henti bagi setiap suku masa dan membabitka­n 60 minit untuk keseluruha­n permainan atau empat suku masa. Saya juga sentiasa memastikan waktu tidur mencukupi dan mendengar setiap arahan daripada jurulatih.

Mohamad Rahman bergambar bersama-sama pasukan hoki SMK Subang, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.