Kerusi serba guna

Sesuai untuk mereka yang bermasalah kesihatan, mampu milik

Berita Harian - - Inovasi - Oleh Faizatul Farhana Farush Khan [email protected]

Kuala Lumpur: Sikap prihatin bagi memudahkan pergerakan mereka yang berdepan kesukaran melakukan tugasan harian akibat masalah kesihatan diri mencetuska­n idea kepada dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tasik, Ampang mencipta inovasi kerusi serba guna.

Lebih menarik, ciptaan dibangunka­n pelajar terbabit, Muhd Aniq Jebat Muhd Hafizzuddi­n dan Shafi Bhaizid Shafiq itu memiliki tiga kegunaan, iaitu membantu pergerakan, menyimpan barang dan melancarka­n tugasan.

Guru pasukan, Puan Nurulhuda Adnan, berkata kelebihan dimiliki inovasi itu adalah diperbuat daripada kayu palet terpakai jenis pine.

“Jenis kayu ini bukan sahaja mudah diperoleh, tetapi juga ringan, mudah dibentuk dan mempunyai corak bunga sangat cantik.

“Kelebihan ini membuatkan kos kerusi serba guna yang dicipta pelajar terbabit sangat rendah berbanding kerusi roda automatik yang dijual di pasaran, malah mampu milik,” katanya.

Puan Nurulhuda berkata, produk itu turut menekankan ciri keselamata­n kerana menggunaka­n bahan yang tidak berbahaya dan tiada kemudarata­n kepada kesihatan.

Katanya, penggunaan produk berkenaan mampu mengurangk­an pencemaran alam sekitar kerana diperbuat daripada bahan terpakai.

“Kerusi ini sesuai digunakan di ruang dalam bangunan, rumah dan pejabat serta memerlukan lantai rata untuk meletakkan­nya.

“Inovasi ini menyasarka­n orang kurang upaya (OKU), seperti cacat anggota kaki, warga emas dan orang sakit yang berdepan masalah kesihatan seperti lumpuh, kemalangan serta selepas pembedahan,” katanya.

Antara kegunaan inovasi kerusi serba guna adalah untuk menyimpan barang.

Pasukan SMK Taman Tasik, Ampang bersama-sama hasil ciptaan kerusi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.