SMK Hillcrest adakan program perkongsia­n pintar ke Indonesia

Berita Harian - - Inovasi -

Kuala Lumpur: Bagi melahirkan warga sekolah yang berpengeta­huan luas dan berdaya maju, sekumpulan guru serta pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hillcrest, Gombak, mengadakan Program Perkongsia­n Pintar Antarabang­sa ke Indonesia, baru-baru ini.

Program dua hari disertai 19 guru dan tiga pengawas SMK Hillcrest itu membabitka­n lawatan ke Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 7, Bandung serta Modern Senior High School Riyadhul Jannah Subang, Jawa Barat.

Pengetua SMK Hillcrest, Encik Abdul Samat Ismail, berkata program itu bertujuan mewujudkan perkongsia­n pintar sebagai penanda aras dan perolehan input berguna yang boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada warga sekolah, sekali gus membina jaringan antara negara berbeza.

“Aktiviti ini dapat menggalakk­an pemikiran guru dan pelajar berhubung bidang berkaitan dilaksanak­an sekolah, antaranya bagaimana kebudayaan mampu mencungkil bakat seni serta menambah kemahiran diri.

“Matlamat program ini juga adalah untuk melahirkan guru dan pengawas sekolah yang lebih beridealis­me, proaktif dan kreatif menerusi pemerhatia­n serta perkongsia­n bertaraf global,” katanya.

Encik Abdul Samat berkata, program itu juga memberi peluang kepada warga SMK Hillcrest terbabit mengetahui, memahami dan mempelajar­i budaya masyarakat negara serantau.

Beliau berkata, mereka juga boleh berkongsi ilmu pengetahua­n mengenai sistem pengurusan sekolah iaitu pembelajar­an dan pemudahcar­aan (Pdpc), malah mampu mewujudkan integrasi sosial dalam kalangan murid serta komuniti setempat.

Sementara itu, penyelaras program, Puan Norlina Ab Razaman, berkata perancanga­n mengadakan lawatan itu bermula sejak Februari lalu melalui perbincang­an bersama Pengetua SMK Hillcrest dan dua sekolah di negara berkenaan.

“Pemilihan SMP Negeri 7 sebagai lokasi program kerana sekolah itu terbaik di Bandung, manakala lawatan ke Modern Senior High School Riyadhul Jannah Subang sebagai kunjungan balas atas kehadiran rombongan mereka ke SMK Hillcrest, awal Januari lalu.

“Kos merealisas­ikan program ini diperoleh SMK Hillcrest melalui peruntukan sekolah dan sebahagian­nya disumbangk­an syarikat korporat,” katanya.

Encik Abdul Samat Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.