Ramai warga Hong Kong minat kediaman di Malaysia

Pindahan dana ekoran ketegangan politik

Berita Harian - - Bisnes - Oleh Nasuha Badrul Huzaini [email protected]

Pertanyaan mengenai tawaran jualan hartanah di negara ini oleh penduduk Hong Kong meningkat mendadak, berikutan ketegangan politik di wilayah berkenaan. Memetik laporan Nikkei Asian Review, Pengarah Urusan KSK Land, Joanne Kua, berkata pihaknya kini meningkatk­an usaha pemasaran yang disasarkan kepada penduduk Hong Kong yang kaya berikutan protes politik yang memberi kesan kepada ekonomi di bandar berkenaan. Beliau berkata, KSK Land kini sedang menganjurk­an pertunjuka­n makan malam persendiri­an sebanyak dua hingga tiga kali sebulan bagi pembeli berpotensi di Hong Kong dan ia hanya boleh dihadiri menerusi jemputan khas. “Pertanyaan mengenai jualan bagi apartmen mewah oleh penduduk Hong Kong meningkat sebanyak 10 peratus sejak April dan kami menjangka jualan unit servis kepada penduduk Hong Kong meningkat sebanyak 50 peratus berikutan pembeli mencari jalan untuk membelanja­kan wang mereka di luar bandar raya berkenaan. “Mereka selalu bertanya, bagaimana dengan prestasi ekonomi Malaysia pada masa ini?,” kata Kua kepada Nikkei Asian Review. KSK Land mencatat purata pertumbuha­n modal sebanyak 5.1 peratus tahun ke tahun bagi segmen kediaman mewah. Pada Isnin, kedatangan pelawat ke Hong Kong merosot hampir 40 peratus dalam tempoh 12 bulan sehingga Ogos, demikian menurut Setiausaha Kewangan, Paul Chan. Dengan ekonomi negara yang dijangka berkembang sehingga 4.8 peratus tahun ini, Kua berkata, Malaysia telah menjadi tempat bagi pelabur yang mencari kestabilan politik tanpa membabitka­n kos yang begitu tinggi untuk memiliki apartmen seperti di negara jiran, Singapura. Bagaimanap­un, langkah Kerajaan Singapura menaikkan duti setem bagi pembeli asing daripada 15 peratus kepada 20 peratus tahun lalu masih tidak memberi kesan kepada pasaran hartanah di negara itu. Ketua Penyelidik ERA Real Estate, Nicholas Mak, berkata Singapura mencatat sedikit peningkata­n pembeli dari Hong Kong sejak protes itu bermula Mac lalu. “Menurut data yang diperoleh daripada sumber maklumat hartanah kebangsaan, sembilan hartanah di Singapura dijual kepada penduduk Hong Kong dari April hingga Jun lalu. “Jumlah itu meningkat berbanding tiga unit hartanah pada suku sebelumnya,” katanya dipetik daripada laporan Nikkei Asian Review.

Joanne Kua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.