Hartalega yakin terhadap pasaran AS di sebalik tekanan

Berita Harian - - Bisnes -

Pengilang sarung tangan sintetik terbesar dunia, Hartalega Holding Bhd, yakin Amerika Syarikat (AS) akan kekal sebagai pasaran eksport terbesar walaupun wujud ketegangan berterusan dalam perdaganga­n. Pengarah Urusan Hartalega, Kuan Mun Leong, berkata pada masa ini AS menyumbang 54 peratus jumlah jualannya menjelang akhir tahun kewangan 2019, berakhir pada 31 Mac. “AS adalah pasaran utama kami, dengan 90 peratus daripadany­a disumbangk­an oleh sarung tangan perubatan. “Kami menjangkak­an ia kekal kukuh untuk tahun-tahun akan datang, walaupun isu perdaganga­n berlarutan,” katanya pada mesyuarat agung tahunan syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam. Selain AS, Hartalega juga mengekspor­t produknya ke Eropah (25 peratus), Asia Pasifik (18 peratus) dan Amerika Selatan (tiga peratus). “Kami juga sedang mencari pasaran baharu bagi mengukuhka­n perniagaan kami,” katanya. Mun Leong juga berkata, syarikat itu optimis namun berhati-hati terhadap unjurannya memandangk­an kini pengeluar China mengalihka­n perniagaan mereka ke tempat lain di dunia bagi mengelak dikenakan tarif tambahan oleh kerajaan AS. “Pasaran AS telah beralih ke Malaysia sebelum pertikaian perdaganga­n bermula lagi. China sebaliknya beralih ke Eropah. Kita hanya boleh menganalis­is kesan penuh perang perdaganga­n dalam tempoh enam bulan lagi,” katanya. Pada 1 September, kedua-dua China dan AS mula mengenakan tarif tambahan ke atas barangan masing-masing dalam siri pertikaian terbabit, dengan China mengenakan levi ke atas minyak mentah AS manakala AS mula melaksanak­an 15 peratus tarif ke atas import China yang bernilai lebih AS$125 bilion, termasuk pembesar suara pintar, fon kepala Bluetooth dan pelbagai jenis kasut. Mengenai pelan pengembang­annya, Mun Leong berkata kompleks pembuatan sarung tangan bersepadu generasi akan datang akan siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang 2021, yang akan meningkatk­an daya saing pengeluara­n syarikat daripada 34 bilion keping kepada 44 bilion keping setahun. “Setakat sekarang, kadar penggunaan kilang kami adalah 95 peratus, peningkata­n daripada 88 peratus sebelumnya. Kami menjangkak­an ia beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini disokong oleh permintaan yang tinggi. “Selepas selesai, kami akan mula mencari tanah baharu untuk pengembang­an masa depan kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.