Metronic dapat kontrak audio visual bangunan Merdeka PNB

Berita Harian - - Bisnes -

Firma kejurutera­an Metronic Global Bhd memperoleh kontrak untuk projek sistem audio visual dan sistem teknologi informasi (AV-ICT) bernilai RM18.7 juta dalam projek nasional Merdeka PNB 118, bangunan setinggi 666 meter yang kini dalam pembinaan di Kuala Lumpur.

Kontrak itu diperolehi menerus anak syarikat milik penuhnya, Metronic Engineerin­g Sdn Bhd (MESB).

“Projek Merdeka PNB 118 akan menambah imej reputasi Metronic dan membantu kami meningkat dari segi jenama, komitmen dan pengembang­an kerana kami yakin dapat menyediaka­n produk dan perkhidmat­an berkualiti untuk memenuhi piawaian peringkat antarabang­sa yang ketat,” kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Brian Hoo Wai Keong.

Beliau berkata, Metronic juga sedang berusaha untuk memuktamad­kan tender bagi beberapa projek kejurutera­an berpotensi besar bernilai sehingga RM300 juta di Malaysia dan merentasi rantau ini.

“Metronic berada pada landasan dalam mencapai matlamatny­a untuk menguasai pasaran AS$1 bilion projek bandar pintar di seluruh Malaysia, Eropah, Amerika Syarikat, rantau Timur Tengah dan Asia Tenggara dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Panduan Perbelanja­an Bandar Pintar Separuh Tahun Internatio­nal Data Corp (IDC) Worldwide, penguasaan pasaran AS$1 bilion adalah kurang daripada satu peratus daripada pelaburan global dalam teknologi-teknologi bandar pintar, yang dijangkaka­n meningkat kepada US$135 bilion menjelang 2021.

Merdeka PNB 118, dahulunya dikenali sebagai KL 118, akan menjadi bangunan keempat tertinggi di dunia apabila siap dengan ketinggian seni bina sekurang-kurangnya 644 meter. Nilai projek ialah RM5 bilion.

Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, sudah pun memulakan projek itu pada 2014. Nama alternatif­nya ialah Warisan Merdeka, atau Warisan Kemerdekaa­n.

Merdeka PNB 118 dibina di sekitar tapak Stadium Merdeka dan ia terletak di barisan yang sama dengan dua mercu tanda iaitu Menara KL dan Menara PETRONAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.