Lexus ES, RX futuristik

Rekaan lebih canggih, menawan untuk pasaran tempatan

Berita Harian - - Bisnes - Oleh Lizam Ridzuan [email protected]

Lexus Malaysia sebagai pengedar rasmi kenderaan jenama Lexus di negara ini melancarka­n dua model iaitu Lexus ES serba baharu dan RX baharu untuk pasaran tempatan.

Presidenny­a, K Ravindran, berkata kedua-dua model itu menerima sentuhan pembaharua­n pada rekaan serta ciri keselesaan dan keselamata­n terkini sesuai dengan statusnya sebagai jenama premium mewah.

“Lexus sentiasa menawarkan kenderaan dengan pengalaman pemanduan yang menarik serta rekaan yang inovatif dan futuristik terutama dua model ini yang sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam pasaran,” katanya ketika pelancaran semalam.

Lexus ES Serba Baharu dengan tema Provocativ­e Elegance adalah kenderaan sedan mewah yang kini ditawarkan dalam dua varian iaitu ES 250 Luxury dan ES 250 Premium dengan tujuh pilihan warna serta dua pilihan warna untuk ruang dalaman iaitu coklat dan hitam.

Model generasi ketujuh itu juga kini 65 milimeter (mm) lebih panjang serta kelebaran ditambah 45mm, namun ketinggian dikurangka­n sebanyak 5mm menawarkan kelesaan penumpang belakang dengan ruang kaki ditambah 10mm.

Model itu juga didatangka­n dengan moonroof dan kemasan gril corak gelendong menyerlahk­an identiti jenama ini dan lampu hadapan nipis serta lampu isyarat membelok berbentuk L juga rim aloi 18 inci gaya sentuhan premium.

Lexus ES 250 Premium dan Luxury dijana enjin 2.5 liter empat silinder petrol untuk kuasa kuda 204 hp pada 6,600 rpm serta tork 247 Nm pada 5,000 rpm dijual pada harga RM299,888 dan RM332,888 (atas jalan tanpa insurans).

Sementara itu, Lexus RX ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mula memasuki pasaran pada tahun 1998 kini ditawarkan melalui model RX 300 dengan tiga varian iaitu Premium, Luxury dan F Sport serta dua tambahan warna baharu Terrane Khaki Mica dan Ice Ecru Mica Metallic.

Antara pembaharua­nnya ialah gril hadapan baharu, lampu hadapan dengan bentuk lebih tajam yang didatangka­n lampu nyalaan siang (DRL) dengan rekaan bentuk L pada bahagian lampu belakang.

Untuk pintu but melalui varian Luxury dan F Sport dengan kemudahan terkini yang ditawarkan ia boleh dibuka bebas tangan hanya dengan meletakkan kaki di bawah bampar serta ruang dalaman kini dengan paparan skrin sesentuh bersaiz 12.3 inci untuk fungsi hiburan dan maklumat.

RX300 dijana enjin 2.0 liter petrol dengan pengecas turbo twin-scroll untuk kuasa kuda 235 hp pada 4,800 hingga 5,600 rpm dan tork 350 Nm pada 1,650 hingga 4,000 rpm.

Ia dijual pada harga (atas jalan tanpa insurans) RM399,888 (Premium), RM424,888 (Luxury) dan RM439,888 ( F Sport) dan semua model Lexus ditawarkan dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

[Foto Mahzir Mat Isa /BH]

Ravindran (kiri)) dan Timbalan Pengerusi Lexus Malaysia, Akio Takeyama pada pelancaran Lexus ES Serba Baharu dan RX Baharu di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.