Berita Harian

3,000 unit kedai bakal ditawarkan

-

Meridian Bhd (Meridian), pemaju Bandar Pelanconga­n Malaysia (MTC) di Melaka bakal menawarkan 3,000 unit kedai kepada peniaga melalui tarikan terbaharun­ya, pasar minggu Luasempit@mtc yang bakal beroperasi secara rasmi pada September tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seth Yap, berkata peniaga berpeluang menyewa kedai terbabit yang memiliki keluasan 100 kaki persegi setiap unit hanya pada harga RM2,5000 sebulan.

“Untuk jumlah sewaan itu, peniaga berpeluang untuk memiliki kedai yang bakal dikunjungi dua juta pelancong setahun dan akses kepada saluran omni kami kepada 20 platform beli-belah dalam talian serantau seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina,” katanya pada majlis pengumuman Luasempit dan rakan kongsinya di Kuala Lumpur, semalam.

Pasar minggu Luasempit@mtc yang dibuka setiap Jumaat dan Sabtu bakal menjadi pasar minggu terbesar di dunia dengan keluasan sehingga 40.46 hektar.

Kira-kira 40 peratus daripada lokasi berkenaan adalah tasik dan ia mengambil inspirasi daripada pasar minggu Chatuchak iaitu destinasi beli-belah popular di Thailand yang berjaya menarik 200,000 pelawat setiap hari.

Beliau berkata, pada masa ini sambutan terhadap unit kedai itu amat menggalakk­an di mana sebanyak 40 peratus individu atau peniaga sudah mendaftark­an minat masing-masing.

“Kami tidak akan mencari sehingga 3,000 penyewa kerana sesetengah daripada mereka akan mengambil lebih daripada satu unit,” katanya.

Yap berkata, pihaknya merancang menganjurk­an pasar minggu yang akan menampilka­n produk yang boleh didapati secara harian, sekali gus membolehka­n peniaga di sana menjalanka­n operasi perniagaan harian di tempat lain.

“Ini adalah sebahagian strategi kami bagi membina usahawan tempatan. Melalui pasar yang beroperasi pada hujung minggu maka peniaga di sini tidak perlu berhenti kerja jika mereka memiliki sumber pendapatan lain pada hari biasa.

“Apabila pendapatan perniagaan daripada pasar kami dan saluran omni stabil, maka mereka boleh memberi fokus kepada pengukuhan perniagaan mereka,” katanya.

Pasar minggu Luasempit@mtc, taman tema air pertama Hasbro dan taman adventure berjenama adalah fasa pertama daripada pembanguna­n 251.76 hektar MTC di Kuala Linggi, Melaka terdiri daripada empat teras iaitu pelanconga­n massa, pelanconga­n perubatan, pelanconga­n pendidikan dan ekopelanco­ngan.

Projek itu dilaksanak­an dalam tiga fasa dengan fasa pertama dijangka lengkap sepenuhnya tempoh tiga tahun akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia