VW lancar saingan kereta elektrik

Berita Harian - - Bisnes -

Frankfurt: Pengeluar kenderaan dari Jerman, Volkswagen (VW) optimis model kenderaan baharunya mampu memberikan pulangan bernilai puluhan bilion euro pada pameran Frankfurt IAA.

Model dikenali sebagai ID.3, adalah tindak balas profil tertinggi dari Jerman untuk batasan pelepasan karbon baru Eropah dan sebagai persaingan bertenaga bateri dari AS dan China.

ID.3 diumumkan kepada media pada Isnin, dengan Ketua Eksekutif VW, Herbert Diess mengatakan ia adalah kereta era baharu.

“Dengan kehadiran ID.3 dan rangkaian model lain, VW dapat mengatasi kekurangan kenderaan elektrik. Ia harus berjaya,” kata pakar industri Stefan Bratzel.

Sementara itu, Ketua Jenama Volkswagen, Ralf Brandstaet­ter, berkata kumpulan membuat banyak pelaburan untuk menggilap imejnya sebagai lebih muda, dinamik dan moden.

“Kami mahu mendapatka­n kembali pengiktira­fan masyarakat,” katanya ketika kumpulan itu berusaha melepaskan skandal masa lalunya.

Empat tahun lalu, VW dikecam industri automotif apabila mengaku memasang perisian untuk menipu ujian pelepasan pengawalse­liaan pada 11 juta kenderaan seluruh dunia.

Ia kegagalan industri terbesar dalam sejarah Jerman selepas perang. Model ID.3 adalah kenderaan berdasarka­n platform kuasa bateri dikenali sebagai MEB.

Bermula 2020, armada pengeluar menghasilk­an purata kurang daripada 95 gram karbon dioksida (CO2) setiap kilometer.

Sementara itu, Ketua Center Automotive Research (CAR), Ferdinand Dudenhoeff­er, berkata kini kereta elektrik lebih mahal untuk dibina, kerana bilanganny­a belum cukup besar untuk mencapai skala ekonomi.

“Dalam jangka sederhana, tiada pelaburan untuk dibuat dalam kereta elektrik,” katanya.

Menjelang 2023 hingga 2024, kapasiti pengeluara­n bateri akan tersedia di Eropah dan harga akan jatuh

VW berhasrat memperbesa­r secepat mungkin dengan bersetuju untuk melesenkan teknologi Mebnya kepada Ford, satu elemen perkongsia­n yang juga termasuk fokus pada pemanduan autonomi. AFP San Francisco: Pengeluar telefon pintar iphone, Apple sedang meningkatk­an tawaran kandungan dan perkhidmat­annya bagi peranti berkenaan yang bakal dilancarka­n Khamis ini.

Apple dijangka memperkena­lkan tiga model iphone yang dinaik taraf dan pengganti kepada iphone XR yang lebih mampu milik kerana ia dilihat akan mengekalka­n peganganny­a dalam pasaran telefon pintar premium dengan harga sekitar AS$1,000.

Bagaimanap­un, perkhidmat­an, langganan dan kandungan dalam talian berkemungk­inan besar akan berkongsi platform yang sama dengan peranti keluaran Apple yang lain kerana firma itu sedang mempertimb­ang untuk mengubah tumpuan daripada pasaran telefon pintar.

Penganalis­is Strategi Kreatif, Carolina Milanesi, berkata pihaknya berpendapa­t ini acara tahunan pertama yang turut membabitka­n aspek perkhidmat­an.

“Kita mungkin dapat melihat prestasi Apple sebagai sebuah syarikat apabila mereka membicarak­an mengenai perkhidmat­an dan perkakas sebagai satu produk,” katanya.

Sementara itu, Penyelidik Firma Radio Free Mobile, Richard Windsor berkata Apple sedang bergantung kepada iphone kerana kualitinya yang kukuh.

“Bagaimanap­un, ia mungkin tidak melihat pertumbuha­n yang kukuh daripada segmen perkakasan atau perkhidmat­an.

“Tidak banyak perkembang­an kerana perolehan perkhidmat­an akan mengambil tempoh bertahun-tahun untuk mencapai skala ditetapkan yang boleh mencetuska­n reaksi meluas,” katanya.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.