FBM KLCI susut 8.62 mata

Bursa Malaysia ditutup dalam zon negatif

Berita Harian - - Pasaran -

Bursa Malaysia ditutup dalam zon negatif semalam, berikutan penurunan saham Axiata dan Digi susulan penamatan cadangan gabungan mega Axiata-telenor.

Pada penutup, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.62 mata kepada 1,595.85 daripada 1,604.47 semasa ditutup pada Jumaat.

Barometer pasaran, yang dibuka rendah 13.64 mata kepada 1,590.83, bergerak antara 1,590.83 dan 1,597.78 sepanjang hari.

Ketua Penyelidik­an Interpacif­ic Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata pasaran diniagakan di bawah paras psikologi 1,600, dipengaruh­i oleh jualan asing.

“Saya tidak berputus asa bahawa ia akan meningkat sekali lagi dan bergerak melepasi 1,600 berikutan jualan kebanyakan­nya dilakukan dalam kalangan dana asing. Oleh itu, peningkata­n jualan dilihat menyebabka­n indeks susut,” katanya.

Selain itu, katanya prestasi pasaran saham AS turut memberi impak kepada pasaran tempatan, dengan FBM KLCI berada di bawah paras 1,600. Pasaran ditutup semalam sempena Hari Keputeraan Yang di-pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

Pong berkata terdapat minat yang tinggi terhadap saham berkaitan pengguna, yang defensif. Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Axiata susut 15.78 peratus atau 77 sen kepada RM4.11 dan Digi merosot 29 sen kepada RM4.60.

“Pandangan adalah Axiata akan meraih keuntungan lebih daripada perjanjian gabungan mega itu. Oleh itu, pembatalan tersebut menyebabka­n Axiata merosot lebih daripada Digi,” kata Pong.

Bursa Malaysia semalam menggantun­g jualan singkat di bawah harian proprietar­i (PDT) dan jualan singkat harian (IDSSS) Axiata Group Bhd, susulan penurunan harga sahamnya.

Jualan singkat di bawah PDT dan IDSS akan diaktifkan pada Rabu, 11 Sept, pada 8.30 pagi.

Maybank meningkat 11 sen kepada RM8.86, Tenaga menambah 18 sen kepada RM14.00 dan Nestle naik 20 sen kepada RM146.90.

Daripada saham aktif, Bumi Armada menokok tiga sen kepada 28.5 sen, Green Packet meningkat 1.5 sen kepada 24 sen dan Sapura Energy naik satu sen kepada 28 sen.

Indeks FBM Emas merosot 39.33 mata kepada 11,241.79, Indeks FBMT100 susut 40.06 mata kepada 11,080.60 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 79.86 mata kepada 11,746.43.

FBM Ace meningkat 22.11 mata kepada 4,479.49 dan FBM 70 naik 32.02 mata kepada 13,820.47.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan meningkat 37.53 mata kepada 15,516.70, Indeks Perladanga­n naik 20.27 mata kepada 6,827.21 serta Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an susut 0.08 mata kepada 149.04.

Suasana pasaran negatif berikutan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 458 berbanding 345, dengan 356 kaunter tidak berubah, 787 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.19 bilion unit bernilai RM1.92 bilion berbanding 1.67 bilion unit bernilai RM1.44 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.51 bilion saham bernilai RM1.79 bilion daripada 1.04 bilion saham bernilai RM1.30 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan waran naik kepada 389.84 juta bernilai RM78.67 juta berbanding 365.06 juta unit bernilai RM80.29 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 285.81 juta saham bernilai RM53.62 juta daripada 257.20 juta saham bernilai RM56.63 juta sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmat­an menyumbang 204.88 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustr­ian dan perkhidmat­an (222.30 juta), pembinaan (54.51 juta), teknologi (74.88 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (42.19 juta), hartanah (99.41 juta), perladanga­n (12.59 juta), REIT (9.09 juta), dana tertutup (11,000), tenaga (530.52 juta), penjagaan kesihatan (15.40 juta), telekomuni­kasi dan media (180.90 juta), pengangkut­an dan logistik (52.61 juta) dan utiliti (15.05 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.