› Getah

Berita Harian - - Pasaran -

Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur semalam meskipun pasaran serantau mencatatka­n aliran menurun selain kenaikan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Beliau berkata pasaran kekal lengang selepas China mengeluark­an data ekonominya yang lemah dan ia mencetuska­n kebimbanga­n terhadap kelembapan ekonomi global.

Eksport China susut satu peratus pada Ogos 2019 daripada angka yang direkodkan tempoh sama tahun lepas memandangk­an penghantar­an ke AS susut secara ketara, sekali gus menambahka­n kebimbanga­n mengenai kesan perang perdaganga­n antara dua kuasa ekonomi dunia itu.

Sementara itu pada 5 petang semalam, ringgit berada pada 4.1720/1750 berbanding dolar AS daripada 4.1780/1830 Jumaat minggu lepas.

Pasaran ditutup pada Isnin susulan cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

Pada jam 12 tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut lapan sen kepada RM5.500 sekilogram, manakala susu getah pukal kurang tiga sen kepada RM4.370 sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 menokok satu sen kepada RM5.535 sekilogram, manakala susu getah pukal meningkat tiga sen kepada RM4.410 sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.