› Sawit

Berita Harian - - Pasaran -

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam berikutan pengeluara­n komoditi itu yang rendah pada Ogos.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata penurunan paras stok secara keseluruha­n pada Ogos menyokong harga MSM dalam tempoh terdekat.

Bagaimanap­un, katanya jangkaan eksport MSM rendah untuk tempoh 10 hari pertama pada September dijangka mempengaru­hi harga.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM2,150 dan paras halangan pada RM2,250,” katanya.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia hari ini melaporkan simpanan stok merosot 5.3 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 2.25 juta tan, manakala eksport meningkat lebih besar daripada jangkaan sebanyak 16.4 peratus pada Ogos kepada 1.73 juta tan.

Pada penutup, kontrak niaga hadapan MSM bagi September 2019 dan Oktober 2019, masingmasi­ng meningkat RM17 kepada RM2,133 dan RM2,185 satu tan, November 2019 meningkat RM21 kepada RM2,2221 satu tan dan Disember 2019 menokok RM19 kepada RM2,257 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 72,119 lot daripada 48,187 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentinga­n terbuka naik kepada 246,570 kontrak daripada 216,532 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, September Selatan tidak berubah daripada RM2,140 satu tan pada Jumaat lepas.

Pasaran ditutup pada Isnin sempena Hari Keputeraan Yang di-pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.