› Ringgit

Berita Harian - - Pasaran -

Ringgit meneruskan momentum meningkat minggu lepas untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semalam memandangk­an sentimen terhadap mata wang negara maju tersebut kekal lemah berikutan kemelut perdaganga­n As-china telah mendorong minat risiko kepada unit tempatan.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1700/1730 berbanding dolar AS daripada 4.1780/1830 yang dicatatkan Jumaat minggu lepas.

Peniaga berkata sentimen risiko global menjadi semakin baik selepas AS dan China mengatakan mereka akan memulakan semula rundingan perdaganga­n bulan depan. Keyakinan yang semakin bertambah juga menggalakk­an penanda aras hasil Perbendaha­raan AS mencatatka­n paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu susulan langkah pelabur meneroka aset lebih berisiko, katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakan­nya bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0224/0254 daripada 3.0221/0261 pada Jumaat lepas dan lemah berbanding pound British kepada 5.1387/1432 daripada 5.1385/1463.

Ringgit bagaimanap­un naik berbanding yen Jepun kepada 3.8852/8891 daripada 3.9050/9101 minggu lepas dan tinggi berbanding euro kepada 4.6062/6099 daripada 4.6079/6147.

Euro mengalami tekanan menjelang mesyuarat European Central Bank (ECB) pada Khamis, apabila bank pusat itu dijangka melaksanak­an pakej rangsangan monetari tambahan berikutan ketidaksta­bilan pertumbuha­n ekonomi.

Kadar penanda aras ECB buat masa ini berada pada -0.40 peratus dan penganalis­is pasaran menjangkak­an bank tersebut memutuskan penguranga­n kadar itu sebanyak 20 mata asas semasa mesyuarat berkenaan.

Pasaran tempatan ditutup pada Isnin susulan cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.