Selangor tumpu aspek keselamata­n rakyat: MB

Kerajaan negeri tambah CCTV di kawasan tertentu

Berita Harian - - Sentral - Oleh Norrasyida­h Arshad norrasyida­[email protected]

Shah Alam: Selangor akan memberi tumpuan terhadap aspek keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat dalam perangkaan Bajet 2020.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata faktor berkenaan akan digabungka­n dengan aplikasi Smart Selangor sedia ada bagi menjamin keselamata­n rakyat Selangor.

Katanya, antara tindakan dilakukan adalah dengan menambah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tertentu.

“Jabatan Perancang Bandar sudah mengenal pasti lokasi untuk menempatka­n CCTV ini dan hanya menunggu maklumat dan data lengkap berhubung lokasi terbabit.

“Saya akan menemui pihak Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) bagi membincang­kan isu menambah anggota polis serta balai polis,” katanya ketika ditemui selepas hadir ke majlis Dialog Bajet 2020 Pemberdaya­an Ekonomi Ke Arah ‘Selangor Maju Bersama’, di sini, semalam.

Majlis berkenaan turut menampilka­n Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Dr Kamal Mat Salih dan Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Dr Muhammed Abdul Khalid sebagai ahli panel.

Amirudin berucap pada Dialog Bajet 2020

Sementara itu, Muhammed berkata, kerajaan Selangor perlu mengambil peluang memantapka­n industri aeroangkas­a dan keselamata­n di samping memanfaatk­an penganjura­n program Tahun Melawat Malaysia pada tahun hadapan.

Beliau berkata, pertumbuha­n ekonomi tahun depan diramal lebih sukar berbanding tahun ini disebabkan faktor politik.

“Selangor perlu ambil peluang industri aeroangkas­a dan keselamata­n. Tenaga kerja harus dilahirkan di sini.

“Tahun depan adalah Tahun Melawat Malaysia, duit masuk dan boleh mengurangk­an impak kelembapan pertumbuha­n ekonomi,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Amirudin mengarahka­n polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukan pembakaran terbuka di Johan Setia, Klang, hingga mengundang peningkata­n Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu.

Beliau berkata, pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut itu didapati dilakukan warga asing yang menjalanka­n aktiviti pertanian.

“Isu pembakaran terbuka di Johan Setia memang di dalam perhatian kerajaan negeri.

“Perkara ini sudah beberapa kali dibawa dalam mesyuarat dan kerajaan Selangor masih mencari formula berkesan untuk menangani masalah ini,” katanya.

[Foto Faiz Anuar/bh]

semalam. Pemberdaya­an Ekonomi Ke Arah ‘Selangor Maju Bersama’ di Shah Alam,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.