Lori ais terbabas rempuh dinding masjid

Berita Harian - - Sentral -

Melaka: “Mujurlah kejadian berlaku agak lewat, jika tidak pasti motosikal jemaah yang diletakkan di luar akan turut dirempuh,” kata kariah Masjid Al- Khairiah Telok Mas, Abdul Shukor Mohd Said.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, dinding hadapan Masjid Al-khairiah Telok Mas, di sini, roboh selepas dirempuh sebuah lori ais.

Abdul Shukor, 62, yang juga saksi kejadian berkata, ketika itu hanya tinggal tiga jemaah masih berada di masjid sedang menunaikan solat sunat selepas kuliah.

Katanya, dia yang mahu pulang ke rumah, melihat lori ais berkenaan menghala ke arah masjid disusuli dentuman kuat.

“Ketika itu saya hanya tunggu untuk lari kalau lori berkenaan menghala ke arah tempat saya berdiri.

“Dalam sekelip mata, lori itu merempuh bahagian dinding,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Abdul Shukor berkata, lori dinaiki dua lelaki itu dalam perjalanan dari arah Pernu menghala ke Alai.

Katanya, difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu mahu mengelak kereta di hadapannya sebelum terbabas ke kiri.

Sementara itu, Sidang Telok Mas, Paisal Saleh, berkata rempuhan itu menyebabka­n kerugian berjumlah kira-kira RM6,000.

“Selain dinding yang dirempuh, kita juga perlu menukar sebahagian permaidani yang pastinya menelan kos tinggi,” katanya.

[Foto ihsan pembaca]

Lori ais terbabas lalu merempuh dinding hadapan Masjid Al-khairiah Telok Mas di Melaka, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.