40 anak yatim terima RM300 hadapi peperiksaa­n

Berita Harian - - Sentral -

Melaka: Seramai 40 anak yatim di sekitar Kampung Paya Rumput menerima sumbangan RM300 setiap seorang bagi meringanka­n beban mereka menghadapi musim peperiksaa­n.

Sumbangan anjuran Masjid As-salihin, Paya Rumput, di sini, itu disampaika­n pihak jawatankua­sa masjid berkenaan pada majlis yang turut dihadiri waris masing-masing, malam kelmarin.

Pengerusi Masjid As-salihin, Khalil Ahmad, berkata sumbangan itu dikumpulka­n menerusi kutipan sukarela oleh penduduk dan orang ramai sejak beberapa bulan lalu.

“Kami memberi semua sumbangan itu kepada anak yatim yang tinggal di kawasan berkenaan termasuk dari Taman Paya Emas, Paya Rumput Permai, Jalan Damai serta kampung dan taman perumahan berhampira­n.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua individu, ahli perniagaan dan semua pihak yang terbabit meraikan anak yatim, termasuk dua penerima orang kurang upaya (OKU),” katanya pada majlis penyerahan sumbangan itu, malam kelmarin.

Sementara itu, penerima sumbangan, Farid Iskandar Fazlee, 12, berkata bantuan berkenaan begitu bermakna buatnya sekali gus membuktika­n keprihatin­an masyarakat terhadap insan kurang bernasib baik.

Katanya, sumbangan itu juga sebagai motivasi kepadanya serta rakan lain untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan pada masa depan.

“Pastinya sumbangan ini akan saya kenang sampai bila-bila. Jasa semua pihak menjadi pendorong buat saya untuk mencatat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan menjadi insan berguna pada masa depan,” katanya.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua individu, ahli perniagaan dan semua pihak yang terbabit meraikan anak yatim.

Khalid Ahmad, Pengerusi Masjid As-salihin

(Foto Nazri Abu Bakar/bh)

Ahli jawatankua­sa masjid bersama anak yatim selepas menyampaik­an sumbangan bagi menghadapi musim peperiksaa­n di Masjid As-salihin, Paya Rumput.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.