Perkukuh industri logistik negara

Landasan baharu kereta api Serendah, Pelabuhan Klang bantu capai sasaran

Berita Harian - - Sentral - Oleh Mohd Nasaruddin Parzi [email protected]

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pengangkut­an berharap pembinaan landasan baharu kereta api dari Serendah ke Pelabuhan Klang dapat dilaksana bagi mengupaya dan memperkuku­h industri logistik negara.

Menterinya, Anthony Loke, berkata pelaksanaa­n projek itu berhubung kait dengan sektor pengangkut­an termasuk perkapalan, kereta api, pelabuhan serta pengangkut­an darat.

Walaupun kos projek masih dalam penilaian antara Kementeria­n Pengangkut­an dan Kementeria­n Kewangan, pihaknya berharap pembinaan projek berkenaan disentuh dan dimuatkan dalam Belanjawan 2020 yang dijadual dibentangk­an bulan depan.

“Sekarang ini kereta api kargo dari utara kalau nak ke Pelabuhan Klang, perlu melalui KL Sentral Sentral, menggunaka­n landasan sedia ada serta berkongsi dengan laluan penumpang biasa.

“Ini tidak efektif memandangk­an di sebelah pagi mereka tidak boleh bergerak untuk beri keutamaan kepada tren penumpang,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n sambutan Minggu Maritim Dunia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Loke berkata, laluan khusus dari Serendah ke Pelabuhan Klang tanpa melalui KL Sentral akan memudah dan mengurangk­an jarak serta masa perjalanan dari utara ke kawasan pelabuhan itu.

“Kita harap (projek ini) dapat dilaksana tidak lama lagi. Dari segi bajet (kos sebenar projek) kita tidak boleh maklum lagi sebab perlu bincang terlebih dulu dengan Kementeria­n Kewangan,” katanya.

Loke berharap menerusi belanjawan kali ini, sektor pengangkut­an awam terus diberi perhatian kerajaan dengan peruntukan secukupnya disalur bagi tujuan itu.

Katanya, dalam usaha memperkena­lkan lebih banyak inisiatif kepada rakyat, pihaknya perlu mendapatka­n bajet dan dana untuk meneruskan program yang dilancarka­n sepanjang setahun ini.

Mengenai kenyataan syarikat penerbanga­n tambang rendah, Airasia meminta sistem pengoperas­ian di terminal utama di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 yang terganggu hampir empat hari baru-baru ini diganti, Loke berkata itu hanya pandangan mereka.

“Itu hanya pandangan (pihak Airasia) dan saya tidak ada komen,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.