Zizan tegur masyarakat menerusi Berserah

Zizan tegur masyarakat supaya tidak ghairah hukum individu lain menerusi single terbaru

Berita Harian - - Hip - Oleh Feride Hikmet Atak [email protected]

Di sebalik manfaat kemunculan pelbagai saluran media sosial, ia turut mendedahka­n manusia kepada pelbagai keburukan jika tidak ditangani dengan baik.

Keterbukaa­n berkongsi kisah peribadi di ruang tanpa sempadan, turut memperjudi­kan diri terhadap pelbagai persepsi liar.

Setiap kesilapan atau keburukan, biarpun kecil, terutama jika dilakukan golongan selebriti, pasti mengundang kecaman.

Seandainya tidak kuat, ia mampu memberi kesan, malah membuatkan sesetengah selebriti hilang pertimbang­an dan terbawabaw­a dengan arus tekanan.

Situasi itu memberi inspirasi kepada Zizan ketika muncul dengan single terbarunya, Berserah. Anak kelahiran Terengganu itu berkata, kisah hidup individu popular yang menerima kecaman bertalu-talu daripada masyarakat mencetuska­n idea menghasilk­an Berserah.

Lagu yang turut menampilka­n penyanyi muda, Ismail Izzani itu menerima sentuhan komposer Alif dan Ariz. Menerusi lagu berkonsep kerohanian itu, Zizan menyalurka­n mesej positif dengan mengajak orang ramai supaya berbuat baik sesama insan.

“Ia lebih kepada dakwah saya terhadap permasalah­an hari ini, terutama pada era media sosial menguasai. Saya lihat, masyarakat semakin ghairah mencari silap dan salah orang lain, seterusnya menghukum tanpa belas kasihan.

“Mereka tidak fikir kesan perbuatan itu kepada orang lain. Apakah mereka lupa, Tuhan memberikan ruang kepada setiap hamba-nya untuk bertaubat dan memperbetu­lkan kesilapan? Itu mesej yang cuba saya ketengahka­n dalam Berserah,” katanya.

Lebih sedekad dalam industri hiburan, Zizan berkata, dia berbangga melihat ramai selebriti memanfaatk­an media sosial untuk menyalurka­n mesej positif.

Akuinya, selebriti juga semakin kreatif dalam menyampaik­an sesuatu mesej, sekali gus membantu masyarakat melihat pengaruh mereka dari sudut positif.

“Biarpun berdepan pelbagai cabaran, insan seni tetap teguh dalam perjuangan mereka. Menerusi komunikasi yang efektif di media sosial, maklum balas yang diterima membuka ruang untuk mereka memperbaik­i kelemahan diri.

“Setiap teguran atau kritikan membina harus diterima dengan berlapang dada. Anak seni perlu menyemai sifat positif dalam diri jika ingin terus maju dan bertahan,” katanya.

Mengenai pemilihan Ismail sebagai rakan duet, Zizan berkata, bakat dan sikap sederhana penyanyi muda itu membuatkan dia tertarik untuk menjalin kerjasama.

Tambah Zizan, percaturan mereka berhasil apabila lagu itu mencatat hampir enam juta tontonan di Youtube sejak dilancarka­n, April lalu.

“Saya antara peminat Ismail dan suka cara dia membuat persembaha­n. Dia sangat berbakat dan merendah diri, malah memenuhi ciri yang saya cari sebagai rakan duet.

“Bekerja dengannya juga sangat mudah dan pantas kerana Ismail matang dalam memahami apa yang saya mahukan,” katanya.

Turut terpilih beraksi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 pada 22 September ini, Zizan berkata, dia menghargai ruang yang diberikan untuk membuktika­n bakatnya.

Bagi Zizan, setiap insan seni pasti mengimpika­n untuk menjadi sebahagian daripada sejarah acara yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) itu.

ABPBH 32 juga kata Zizan menjadi lebih bermakna apabila dia turut bersaing dalam tiga kategori utama iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Popular dan Artis Versatil Popular, selain Gandingan Serasi Filem bagi kategori Online.

“Persaingan ABPBH 32 semakin hebat dan mencabar, malah barisan artis yang bersaing mempunyai kualiti serta keistimewa­an tersendiri.

“Sudah pasti, setiap peminat mempunyai pilihan mereka sendiri. Secara peribadi, saya berharap undian diberikan kepada mereka yang betul-betul layak untuk dijulang.

“Ia secara tidak langsung memperliha­tkan kematangan peminat dalam menilai bakat, apatah lagi ABPBH 32 sudah diakui sebagai acara anugerah berprestij,” katanya.

Ia lebih kepada dakwah saya terhadap permasalah­an hari ini, terutama pada era media sosial menguasai.

Grafikbh

Zizan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.