Tak hanyut dipuji

Berita Harian - - Hip -

Meskipun namanya sudah mula dikenali, Zamaera tidak menafikan, dia turut bergelut sebelum bakatnya mendapat perhatian.

“Kita tidak pernah ketandusan penyanyi rap wanita yang hebat. Cuma, mereka tiada peluang membuktika­n bakat di arus muzik perdana.

“Saya juga mengambil masa untuk berada pada tahap ini. Pengalaman banyak mematangka­n saya, terutama apabila berpeluang menimba ilmu bersama Kartel Records.

“Saya berterima kasih kepada Joe Flizzow kerana banyak memberi pendedahan mengenai dunia hip-hop. Daripadany­a juga, saya belajar mengenai pembikinan sesebuah lagu dan kerja di belakang tabir.

“Begitu juga Sonaone yang saya anggap sebagai guru. Dia banyak memberikan tunjuk ajar, terutama dalam aspek susunan muzik,” katanya.

Zamaera berkata, dia sentiasa mencari peluang untuk bekerja dengan lebih ramai penggiat seni terbaik, terutama dari rantau Asia.

“Menerusi kerjasama itu, saya dapat melihat sesuatu dari perspektif yang lebih luas dan berbeza,” katanya yang bernaung di bawah label, Lakefront Record yang berpangkal­an di Amerika Syarikat sejak tahun lalu.

Menyentuh penampilan­nya,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.