MMAA 2019 iktiraf peranan jurusolek

Angkat sumbangan insan di balik tabir sebaris industri kreatif lain

Berita Harian - - Hip - Oleh Zaidi Mohamad [email protected]

Bersama misi mengetenga­hkan kemampuan jurusolek tempatan ke peringkat lebih tinggi, Malaysia’s Makeup Artist Awards (MMAA) 2019 yang direalisas­ikan, baru-baru ini mencapai objektif tersendiri.

Tidak hanya menjadi platform kepada jurusolek pelapis mengetenga­hkan kehebatan, MMAA 2019 turut memartabat­kan bidang solekan sebaris dengan industri kreatif lain.

Dicetuskan bersama Deqsha dan Sheila Mohamad, sokongan nama popular membuatkan mereka berbesar hati, biarpun acara itu julung kali diadakan.

Akui Deqsha, di sebalik kilauan glamor insan seni, jurusolek menjadi antara individu penting yang turut menjadi tunjang kekuatan industri hiburan.

“Melihat sokongan yang diterima, termasuk bakat seni generasi baharu membuktika­n sumbangan kami selama ini dihargai.

“Misi kami besar adalah memartabat­kan kemampuan jurusolek di peringkat lebih tinggi. Kejayaan penganjura­n sulung ini memberi kami semangat untuk terus membuktika­n kemampuan,” kata Deqsha.

Sementara itu, Sheila yang sudah 25 tahun berkecimpu­ng dalam bidang solekan pula berkata, selama ini, peranan mereka sering dipandang sepi.

“Menerusi acara seperti ini, masyarakat dapat melihat kami juga mempunyai peranan tersendiri dalam membangunk­an industri hiburan.

“Hubungan artis dan jurusolek bagaikan isi dengan kuku. Kami sama-sama menyokong dan memartabat­kan industri seni,” katanya.

Acara itu diserikan dengan kehadiran artis popular seperti Erra Fazira, Ziana Zain, Ella, Rozita Che Wan, Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Liza Hanim dan artis generasi baharu, termasuk Indah Ruhaila, Aina Abdul serta Asmidar.

Bagi Rozita, peranan jurusolek perlu diiktiraf kerana mereka ialah insan yang bertanggun­gjawab dalam merealisas­ikan karakter yang diinginkan.

“Di set penggambar­an, sama ada drama, filem atau program, khidmat mereka sangat penting. Mereka menjadi insan penting yang membantu menonjolka­n imej dan ketrampila­n seseorang selebriti,” katanya.

Sementara itu, Erra pula berkata, penampilan seseorang selebriti tidak akan lengkap tanpa sentuhan jurusolek profesiona­l.

“Setiap inci penampilan selebriti diperhatik­an. Ia tidak akan menjadi kenyataan jika tanpa sokongan pelbagai pihak, termasuk jurusolek.

“Mereka banyak membantu, terutama mengenai teknik solekan terkini. Lantaran keserasian yang terjalin, hubungan kami sudah seperti adik-beradik,” katanya.

Kemuncak MMAA 2019 diserikan dengan persembaha­n Asmidar yang membuka pentas membawakan lagu tradisiona­l,

Kurik Kundi yang dipopulark­an Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Penampilan finalis Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Aina Abdul memukau ramai ketika beraksi menerusi lagu, Shadow.

Ramai yang memuji keampuhan vokal Aina, malah kekuatan yang dimilikiny­a itu mampu melonjakka­n kedudukan bakat baharu pada tangga lebih selesa.

Kehangatan momentum persembaha­n diteruskan dengan vokal gemersik Indah Ruhaila yang terus mencipta sensasi menerusi lagu Pudar, ciptaan Farouk Roman dan Amylea Azizan.

Tiga sensasi penyanyi wanita yang memiliki vokal tersendiri, Noryn Aziz, Liza Hanim dan Jaclyn Victor turut mengisi ruang pentas pada malam itu.

Noryn menyanyika­n lagu

One Night Only dendangan asal Beyonce Knowles, manakala Jaclyn mengalunka­n lagu Sebelah Jiwaku.

Liza yang baru melahirkan anak tidak mengecewak­an penonton ketika membawakan lagu

Gelisah Mimpi. Pesona Ziana Zain masih ampuh menerusi lagu, Menadah Gerimis, manakala Ella menutup persembaha­n dengan penuh gaya membawakan Standing In The Eyes Of The World.

[Foto Aizuddin Saad]

Beverly Muah (tengah) dinobatkan sebagai juara MMAA 2019 .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.