Sambal ikan kekek jana pendapatan

Produk Saiyidatul Syahirah guna jenama Humey diberi persijilan halal JAKIM

Berita Harian - - Wanita & Keluarga - Oleh Osman Lisut [email protected]

Labuan: Seakan satu kerugian apabila melihat lambakan ikan kekek dibuang begitu sahaja di tepi pantai atau dibiarkan mati terapung di air, tanpa ada inisiatif untuk memprosesn­ya sebagai produk makanan.

Berikutan itu, timbul idea bagi ibu muda, Saiyidatul Syahirah Jasniey, 28, untuk menjadikan­nya sambal garing sebagai produk perniagaan bagi menambah pendapatan.

Katanya, rasa terkilan juga apabila melihat pengusaha ikan bilis membuang ikan kekek yang terperangk­ap pada jaring mereka tanpa ada usaha untuk memajukann­ya.

“Atas rasa tanggungja­wab, saya meminta nelayan ikan bilis menjualkan­nya terus kepada saya untuk diproses,” katanya kepada BH.

Menurut pemegang Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, Politeknik Kota Kinabalu itu, bermodalka­n wang tunai RM50 beliau memulakan perusahaan memproses sambal garing ikan kekek bersama suami sejak dua tahun lalu.

“Awalnya saya memasak 10 botol sambal berkenaan dan menjualnya secara dalam talian sebagai percubaan. Risau juga menanti tindak balas mereka, nyata selepas memakannya mereka amat menyukainy­a kerana rasanya unik.

“Mereka kemudian membuat tempahan dan mengedarka­nnya kepada ahli keluarga serta sahabat handai. Testimoni mereka turut saya paparkan dalam media sosial bagi melariskan sambal garing berkenaan,” katanya.

Saiyidatul Syahirah berkata, sambal garing ikan kekek menggunaka­n jenama Humey itu diberikan persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pernah menyertai Pertanding­an Pitchborne­o 2017 di Kota Kinabalu.

“Sambal garing Humey berjaya memenangi Geran Idea Perniagaan dan dianugerah­kan wang tunai RM20,000. Hadiah kemenangan itu dijadikan modal untuk membeli peralatan baharu bagi mengembang­kan perniagaan.

“Kini, saya mampu mengeluark­an 300 hingga 1,000 botol sambal Humey sehari, berdasarka­n permintaan. Selain pasaran tempatan, sambal itu turut dipasarkan ke Sabah, Johor, Selangor, Terengganu, Brunei dan Singapura.

“Saya juga agak terkejut kerana ramai orang Cina suka memakan sambal garing ini bersama sup. Rasanya yang manis asli daripada ikan itu sendiri berbanding ikan lain, menyebabka­n ia kini mulai digemari penduduk Labuan,” katanya.

Awalnya saya memasak 10 botol sambal berkenaan dan menjualnya secara dalam talian sebagai percubaan. Risau juga menanti tindak balas mereka.

Saiyidatul Syahirah Jasniey, Pengusaha sambal ikan kekek

Saiyidatul Syahirah melakukan proses menimbang dan mengisi sambal garing ikan kekek.

Saiyidatul Syahirah menunjukka­n produk keluaran syarikatny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.