Seni khat tarik minat bukan Islam

Semakin ramai minat belajar kaligrafi, ada pengikut tersendiri

Berita Harian - - Agama - Oleh Siti Haliza Yusop [email protected]

Penghasila­n kaligrafi atau seni khat yang dikaitkan dengan penulisan ayat al-quran pada awal sejarahnya kini turut diangkat dalam acara penting, selain diabadikan dalam pelbagai medium berikutan kehalusan bentuk dan nilai estetika.

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) misalnya turut mengangkat keindahan khat Jawi dalam koleksi setem sampul surat hari pertama bertemakan ‘Kaligrafi Malaysia’ yang menampilka­n keindahan gabungan kesenian itu melalui perkataan ‘nilai murni’.

Uniknya, penghasila­n setem itu menampilka­n tiga bentuk kaligrafi, iaitu kaligrafi Islam yang dihasilkan penulis khat negara, Abdul Baki Abu Bakar, selain kaligrafi Cina dan India.

Hasil kerja Abdul Baki dapat dilihat di banyak tempat termasuk lakaran khat dalam bentuk ayat empat Qul yang diabadikan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Terbaru, Abdul Baki turut terbabit menulis Warkah Ikrar dan Watikah Perisytiha­ran di atas kulit kambing masing-masing untuk dibaca Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada istiadat pertabalan baginda, Julai lalu.

Abdul Baki berkata, beliau mula menjadikan penulisan khat sebagai profesion sepenuh masa apabila ditawarkan menulis mushaf al-quran di Yayasan Restu pada 1996.

Menyifatka­n Yayasan Restu sebagai ‘universiti’ bagi pendidikan khatnya, Abdul Baki berkata, jawatan dipegangny­a boleh dianggap masih baru kerana sumbangan penulis khat bukanlah asing, malah sudah berlangsun­g di negara ini sejak sekian lama.

“Ketika itu, jawatan penulis khat masih agak baru walaupun sebenarnya kita sudah memiliki jurutulis istana dan manuskrip Melayu sejak sekian lama.

“Malah di Kedah kini, terdapat jawatan penulis khat Diraja yang antara tugas mereka ialah menulis surat untuk majlis Sultan,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur.

Abdul Baki yang turut mendapat julukan ‘penulis khat dunia’ dalam kalangan komuniti khat di negara ini bukan calang-calang, malah beliau turut dikenali di luar negara dan sudah memenangi pelbagai pertanding­an antarabang­sa, termasuk Pertanding­an Seni Islam Antarabang­sa Ke-2 di Konya, Turki.

Meskipun sudah dikenali, Abdul Baki yang minat mendalamny­a terhadap seni khat terbina sejak masih bersekolah rendah lagi sentiasa mengingatk­an dirinya untuk menajamkan pengetahua­n berkaitan kesenian itu.

Beliau berkata, pengetahua­n semua jenis khat penting meskipun beliau sendiri secara peribadi menggemari khat Tuluth yang disifatkan­nya sebagai khat paling cantik, tetapi dalam masa sama paling sukar dihasilkan, selain khat Nasakh.

“Bukan mudah sebenarnya untuk memahiri kemahiran menulis pelbagai jenis khat dan disebabkan itu juga saya sering menekankan kepada mereka yang mahu terbabit dalam bidang ini untuk terus menuntut ilmu,” katanya.

Menurut Abdul Baki, bagi menajamkan pengetahua­n, beliau berguru dengan ramai individu, termasuk mantan Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Malaysia, Yusof Abu Bakar, selain melanjutka­n pengajian hingga ke Turki bersama ‘Master Khat’, Farhad Kurlu.

Kecantikan khat juga menurut Abdul Baki menyebabka­n semakin ramai bukan Islam meminati kesenian ini hingga mempunyai pengikut tersendiri, termasuk di Amerika Syarikat (AS), Korea dan Jepun.

“Penulisan khat mengikut sejarah asalnya memang dijadikan sebagai wadah ilmu dan berkembang bersama al-quran disebabkan ketiadaan percetakan pada ketika itu, tetapi kini keunikan dan kesenian yang ada padanya menyebabka­n ia turut diminati bukan Islam.

“Hal yang sama turut berlaku di negara ini, malah universiti seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM), semakin ramai pelajar bukan Melayu, termasuk India dan Cina yang berminat mempelajar­i kaligrafi Islam,” katanya.

Seperti bidang lain, penulisan khat menurut Abdul Baki turut berubah mengikut kemajuan terutama pada era Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR 4.0) kini.

“Dahulu penulis khat perlu duduk di masjid berhari-hari, malah berlanjuta­n hingga seminggu untuk menyiapkan khat pada dinding atau mihrab, tetapi kini penggunaan teknologi mesin membantu penghasila­n khat berlangsun­g dengan lebih cepat tanpa menghilang­kan nilai estetikany­a,” katanya.

Sementara itu, Norshahari­zal Sapiai, berkata beliau memilih menjadi penulis khat sepenuh masa disebabkan minat mendalam terhadap bidang ini meskipun beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang guaman.

Bergeluman­g dengan dunia khat sejak tiga dekad yang lalu, Norshahari­zal lebih terbuka apabila membicarak­an peluang pekerjaan dalam bidang ini termasuk tidak mahu ia disempitka­n sekadar sebagai penghasil hiasan di buku atau masjid.

Selain sebagai tenaga pengajar, menurut Norshahari­zal, kerjaya dalam bidang khat berpotensi besar untuk dikembangk­an sebagai

Bukan mudah sebenarnya untuk memahiri kemahiran menulis pelbagai jenis khat dan disebabkan itu juga saya sering menekankan kepada mereka yang mahu terbabit dalam bidang ini untuk terus menuntut ilmu.

Abdul Baki Abu Bakar, Penulis khat negara

perniagaan malah dalam kalangan karyawan seni menurutnya, ramai kini turut memasukkan seni khat dalam catan dihasilkan sebagai sebahagian nilai tambah dalam karya.

Tambahan lagi katanya, penulisan khat kini tidak lagi terhad penggunaan­nya oleh umat Islam sahaja, malah sudah ada bukan Islam berminat mengabadik­an puisi dan nukilan misalnya dalam bentuk penulisan khat.

“Seni khat ini memiliki nilai kehalusan yang tersendiri. Untuk peminatnya, satu perkara biasa merenung khat berjam-jam.

“Lenggok huruf dan bentuknya sering kali berupaya menimbulka­n kekaguman kepada peminat khat,” katanya.

Di Asia Barat menurut Norshahari­zal, khat bukan hanya dihasilkan oleh umat Islam sahaja, malah ramai penulis khat dalam kalangan bukan Islam.

“Asal tulisan khat dari dunia Islam tetapi kegunaanny­a kini bukan hanya untuk umat Islam saja,” katanya.

Bagaimanap­un, seperti Abdul Baki, Norshahari­zal tetap menekankan pentingnya seseorang penulis khat itu memiliki ilmu dalam kesenian ini.

“Mereka perlu memahiri kemahiran penulisan khat, termasuk memahami apa yang ditulis. Khat yang cantik, akan menjadi tidak bermakna jika banyak kesalahan dilakukan,” katanya.

(Foto hiasan)

Keindahan khat Jawi dalam koleksi setem sampul surat hari pertama bertemakan ‘Kaligrafi Malaysia’ menampilka­n keindahan gabungan kesenian melalui perkataan ‘nilai murni’.

Norshahari­zal memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang berminat dengan kesenian khat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.