Model kampung budaya identiti Melaka

Berita Harian - - Sastera & Budaya -

Pelan pembanguna­n itu mengandung­i model rumah Melayu, Cina dan India, termasuk Baba Nyonya yang menjadi sebahagian identiti berharga negeri itu.

Melaka: Pelan tindakan pembanguna­n Sungai Melaka Fasa II akan memperkena­lkan model perkampung­an budaya mewakili suku kaum, termasuk Baba Nyonya.

EXCO Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhamad Jailani Khamis, berkata pelan pembanguna­n itu mengandung­i model rumah Melayu, Cina dan India, termasuk Baba Nyonya yang menjadi sebahagian identiti berharga negeri itu.

“Bak kata pepatah, bahasa jiwa bangsa, sekali gus mengingatk­an kita bahawa adat budaya menentukan bangsa,” katanya kepada BH di sini.

Muhamad Jailani berkata, pihaknya berharap Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya dapat memberikan peruntukan serta dana khusus kepada Institut Warisan Melaka (INSWA) untuk menyuburka­n industri pelanconga­n berteraska­n seni dan budaya.

“Melalui peruntukan ini, INSWA dapat mempelbaga­ikan aktiviti seni dan budaya yang mewakili kumpulan etnik unik yang ada di Melaka.

“Pada masa sama, kita juga mahu terus memperkena­lkan batik Melaka dan produk pakaian budaya

Muhamad Jailani Khamis, EXCO Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan Melaka

kita sendiri pada masa depan,” katanya.

Muhamad Jailani berkata, kerajaan negeri mahu memanfaatk­an kerancakan sektor pelanconga­n negeri untuk mempertaha­nkan kepelbagai­an ciri unik etnik dan kaum termasuk Baba Nyonya di negeri itu.

Beliau berkata, sektor pelanconga­n ialah ruang terbaik mempertaha­nkan keunikan budaya semua kaum, termasuk Baba Nyonya yang diakui semakin terhakis.

“Keunikan Melaka lebih lagi apabila adanya budaya Baba Nyonya, Chetti dan Singh, sekali gus menunjukka­n kepelbagai­an kita miliki.

“Oleh itu, kami mahu budaya yang tidak kurang sembilan kaum di Melaka diangkat dalam pelan pelanconga­n negeri dengan memberi penekanan pada pemakaian, persembaha­n tarian dan kulinari khususnya makanan tradisi,” katanya.

(Foto hiasan)

Pelan pembanguna­n Sungai Melaka Fasa II bakal merancakka­n sektor pelanconga­n negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.