Berita Harian

Arahan penjimatan perlu adil semua peringkat

- Penjawat awam sedar, Putrajaya

Masyarakat umum sedar kedudukan ekonomi kerajaan amat tidak kukuh. Hutang kerajaan yang amat besar dengan kedudukan pasaran saham tidak menentu serta nilai ringgit yang jatuh, semuanya menuntut pelaksanaa­n langkah jimat cermat dalam pentadbira­n kerajaan.

Khusus untuk Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dan Kementeria­n Kewangan, sebagai mereka yang diamanahka­n untuk berfikir secara betul, turut berusaha memikirkan kaedah langkah penjimatan dalam sektor perkhidmat­an awam.

Antara langkah penjimatan diarah untuk dilaksanak­an termasukla­h penjimatan kos operasi perkhidmat­an anggota bawahan dan di lapangan. Anggota terbabit diminta berjimat cermat dalam aktiviti yang dianggap begitu mikro.

Contoh penjimatan termasukla­h arahan seperti percetakan surat secara depan belakang, penggunaan kertas kitar semula jika bukan urusan rasmi, larangan menggunaka­n dakwat berwarna untuk cetakan, arahan menutup lampu pejabat masa rehat tengah hari, berkongsi kenderaan jabatan, larangan kursus di hotel dengan mengutamak­an pusat latihan kerajaan, pemotongan amalan jamuan semasa mesyuarat, arahan hanya guna tiket penerbanga­n murah secara dalam talian untuk urusan rasmi (bayar dahulu baru buat tuntutan), kawalan tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa, kawalan bayaran tuntutan kemudahan bil telefon anggota kumpulan pertengaha­n dan lain-lain lagi.

Semua langkah penjimatan itu membabitka­n anggota bawahan, namun bagaimana pula dengan anggota pengurusan dan pentadbira­n seperti ketua jabatan peringkat tertinggi?

Apa yang dilihat, mereka ini masih lagi berebut untuk memohon naik pangkat ke tangga gaji Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Mereka masih menikmati kemudahan kenderaan Proton Perdana (termasuk kemudahan penyelengg­araan kenderaan), kemudahan petrol, kad Touch n Go dan elaun pemandu setiap bulan.

Lebih teruk melihat ketua jabatan yang ada kereta JUSA, masih ada kenderaan khas jabatan hanya untuk kegunaan pengarah. Bagi saya, ini sesuatu yang tidak cekap dalam pengurusan kewangan.

Persoalann­ya, adakah pemikir yang hebat di JPA dan Kementeria­n Kewangan sudah membuat kiraan bahawa beban implikasi kewangan untuk penggunaan Proton Perdana bagi anggota pengurusan dan pentadbira­n tertinggi berserta elaun berkenaan, masih menjimatka­n?

Lebih teruk, ada pula pemikir hebat mencadangk­an agar umur pencen penjawat awam dinaikkan sehingga 65 tahun. Adakah mereka ini masih nak menggunaka­n kemudahan Proton Perdana berserta elaunnya sehingga umur 65 tahun?

Alhamdulil­lah cadangan ini masih belum dilaksanak­an, namun tidak mustahil had umur pencen akan dirayu pula kepada 62 tahun.

Nasihat saya, walau apa langkah penjimatan ingin dilaksanak­an dalam perkhidmat­an kerajaan, ia harus setara dengan arahan kawalan kewangan untuk anggota bawahan.

Kakitangan kerajaan sekarang berdepan krisis kualiti perkhidmat­an dan tidak wajar hanya anggota kakitangan bawahan sahaja ditekan dengan arahan penjimatan, sedangkan pada peringkat tinggi keadaannya berbeza sama sekali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia