Tawaran pembanguna­n Kampung Baru mesti diteliti

Berita Harian - - Surat Pembaca - Syed Badli Shah Syed Osman, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembanguna­n Kampung Baru (PPKB)

Hasrat kerajaan membangunk­an Kampung Baru dilihat peluang terbaik kepada pemilik tanah untuk mengubah dan memajukan hartanah mereka.

Kesediaan Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad menganjurk­an sesi ‘town hall’ bagi menerangka­n kepada pemilik juga usaha yang wajar dipuji.

Namun beberapa perkara harus diperhalus­i kerajaan sebelum sebarang tawaran boleh dikemukaka­n.

Kedudukan Kampung Baru di tengah arus permodenan bandaraya Kuala Lumpur selayaknya mendapat sejumlah harga yang munasabah.

Mengandaik­an harga purata dengan pemilik boleh membeli lebih 20 unit rumah mampu milik, bermaksud harga di bawah paras RM1,000 sekaki persegi bakal ditawarkan.

Harga ini kurang sesuai dengan kedudukan semasa tanah Kampung Baru yang dilihat sangat berpotensi untuk dimajukan dengan projek berimpak tinggi.

Seharusnya pertimbang­an teliti dibuat kerana pemilik bakal menyerahka­n tanah mereka untuk tujuan pembanguna­n dan pulangan setimpal wajar diperhalus­i.

Cadangan projek berbentuk strata untuk menggantik­an kedudukan tanah lot sedia ada juga wajar dibahas panjang kerana rata-rata pemilik berada di atas sebidang tanah yang agak luas.

Saranan menggantik­an tanah lot dengan nilaian beberapa unit strata juga perlu dilihat secara terperinci kerana pemilik bakal kehilangan sebidang tanah lot jika konsep ini diterima pakai.

Setidak-tidaknya kerajaan perlu datang dengan tawaran yang menguntung­kan kedua-dua pihak khususnya dari sudut harga dan manfaat semasa.

Saya optimis bahawa hasrat pembanguna­n itu boleh dicapai jika tawaran berupa konsep ‘menang-menang’ menjadi teras kepada usaha kerajaan.

Perlu diingat Kampung Baru adalah satu-satunya penempatan orang Melayu terbesar yang masih wujud di Kuala Lumpur hasil warisan generasi terdahulu.

Sebarang kaedah pengambila­lihan tanah secara perundanga­n wajar dielak, sebaliknya persetujua­n secara konsensus dan rundingan harus menjadi objektif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.