India kesan pesawat Vikram hilang di bulan

Berita Harian - - Dunia -

New Delhi: Saintis angkasa lepas India berjaya mengesan lokasi pesawat Vikram yang rosak serta terputus hubungan dan kini sedang berusaha memulihkan komunikasi dengannya.

Pesawat itu dijangka sampai ke destinasi, awal Sabtu lalu, namun terputus hubungan kirakira 2.1 kilometer di atas permukaan sebelum mahu melakukan pendaratan.

Pertubuhan Penyelidik­an Angkasa Lepas India (ISRO) berkata di Twitter, “#Vikramland­er sudah berjaya dikesan oleh pengorbit #Chandrayaa­n2, namun masih gagal dihubungi. Kami sedang mengusahak­an segala yang terbaik untuk berhubung dengan pesawat berkenaan,” kata agensi angkasa berkenaan.

Media India melaporkan proses pendaratan kenderaan pelancar Vikram menemui kegagalan dan mungkin mengalami kerosakan, termasuk rover yang dibawanya.

Misi angkasa kompleks yang membawa bersamanya pengorbit, pendaratan kenderaan dan juga rover itu direka hampir sepenuhnya di India. Ia membabitka­n kos hampir AS$140 juta (RM584 juta). AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.