Carrie Lam beri AS amaran ‘jangan sibuk’

Berita Harian - - Dunia -

Hong Kong: Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam memberi amaran kepada Amerika Syarikat supaya tidak campur tangan dalam pergerakan prodemokra­si di negara itu selepas penunjuk perasaan menggesa Washington meningkatk­an tekanan terhadap Beijing.

Beliau berkata, sebarang perubahan dalam hubungan ekonomi dengan Washington akan mengancam faedah bersama yang dimiliki kedua-dua negara.

“Sebenarnya, amat tidak sesuai untuk mana-mana negara campur tangan dalam hal ehwal dalaman Hong Kong. Saya harap tiada pihak di Hong Kong yang berusaha mendesak Amerika Syarikat untuk meluluskan akta berkenaan,” katanya kepada wartawan, semalam.

Penunjuk perasaan yang mengadakan demonstras­i pada Ahad lalu, berarak ke konsulat Amerika Syarikat bagi mendesak Kongres meluluskan rang undang-undang bagi menyokong pergerakan prodemokra­si. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.