Trump bimbang ‘orang jahat’ menyamar mangsa ribut

Presiden AS bimbang ahli kongsi gelap, pengedar dadah dibenar masuk negara

Berita Harian - - Dunia -

Washington: Presiden Donald Trump menegaskan Amerika Syarikat perlu berhati-hati sebelum membenarka­n warga Bahamas yang terselamat daripada Taufan Dorian masuk ke negara itu kerana bimbang terdapat individu yang ‘tidak baik’ di kalangan mereka.

Kenyataan itu dibuat susulan ratusan mangsa taufan yang terselamat pada hari sebelumnya, dilarang menaiki bot dari Bahamas ke Florida kerana tidak mempunyai visa.

Pegawai kanan imigresen AS sebaliknya menyifatka­n insiden itu sebagai satu kesilapan.

Bercakap kepada wartawan di luar Rumah Putih, Trump berkata semua orang perlu memiliki dokumen diri yang lengkap.

“Saya tidak mahu membenarka­n individu yang tidak sepatutnya berada di Bahamas untuk masuk ke AS termasuk mereka yang dianggap penjenayah yang sangat jahat seperti ahli kongsi gelap dan juga pengedar dadah yang terlalu kejam,” katanya.

Ketika mengumumka­n pencalonan­nya sebagai presiden pada Jun 2015, Trump pernah mengeluark­an kenyataan menghina terhadap pendatang Mexico sama seperti kenyataann­ya terhadap mangsa Taufan Dorian.

Trump memberi amaran mereka mungkin membawa masuk dadah, jenayah serta pernah merogol.

Pemangku Pesuruhjay­a Kastam dan Kawalan Sempadan AS, Mark Morgan, berkata sekiranya nyawa penduduk di Bahamas terancam, mereka akan dibenarkan masuk ke AS dengan syarat mereka tidak dianggap sebagai individu yang mendatangk­an ancaman.

Menurut pihak berkuasa Bahamas, angka terkini korban Taufan Dorian mencecah 45 orang, seminggu selepas taufan itu membadai kepulauan terbabit. AFP

(Foto AFP)

Mangsa menaiki bas ke pusat pemindahan sementara di Nassau, Bahamas, kelmarin selepas terselamat susulan ribut Dorian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.