Produk ‘Star Wars’, cermin mata Harry Potter dilelong

Berita Harian - - Dunia -

Los Angeles: Topeng Darth Vader yang jarang ditemui dan topi keledar digunakan dalam siri awal filem epik ‘Star Wars’

akan dilelong di Los Angeles, akhir bulan ini bersama sepasang cermin mata Harry Potter.

Dua kostum filem ‘Titanic’

yang digunakan pelakon Kate Winslet dan Leonardo Dicaprio serta kostum Dorothy dari filem ‘Wizard of Oz’ turut dibuka untuk jualan.

Dengan anggaran nilai AS$250,000 (RM1.04 juta) sehingga AS$450,000 (RM1.8 juta), topeng Darth Vader dan topi keledar itu boleh mencatat sejarah sebagai antara produk paling mahal dalam siri koleksi ‘Star Wars’.

Menurut agensi lelongan dikenali sebagai Profiles, topeng dan topi berkenaan digunakan aktor Britian, David Prowse di set filem ‘The Empire Strikes Back’.

Aktor berkenaan memainkan watak Darth Vader untuk tiga filem pertama manakala suara Darth Vader adalah milik pelakon James Earl Jones.

Ketua Perhubunga­n Barangan Profiles, Brian Chanes dalam satu wawancara bersama History berkata, sebarang produk berkaitan trilogi asal filem itu sukar untuk ditemui lagi.

Nilai tertinggi untuk sebarang produk kenangan ‘Star Wars’ ketika ini adalah kamera digunakan pengarah George Lucas semasa pembikinan filem pertama ‘Star Wars pada 1977.

Ia dilelong pada harga AS$625,000 (RM2.6 juta) dalam satu acara lelongan di Beverly Hills, California sekitar 2011.

Sepasang cermin mata bulat digunakan pelakon Daniel Radcliffe dalam siri pertama Harry Potter, ‘Harry Potter and the Sorcerer’s Stone’ pada 2011 pula dijangka dijual sekitar harga AS$30,000 (RM125,175).

“Ia adalah cermin mata yang digunakan di set penggambar­an dan memiliki kesan gigitan pada bahagian tangkai. Radcliffe suka bermain dengan cermin mata itu,” kata Chanes. REUTERS

Topi keledar dan topeng Darth Vader dijangka cecah nilai Rm1.8juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.